HIBURAN DAN POLITIK SATU DUNIA YANG BERBEZA, KATA SUAMI UMIE AIDA

Naib Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR), Datuk Khairudin Abu Hassan mengakui berasa janggal melibatkan diri dalam industri hiburan.

Menurut bekas ahli Umno itu, isteri tercinta yang dikahwini sejak tujuh tahun lalu, Umie Aida yang juga merupakan figura tersohor dalam industri hiburan berada di dunia yang begitu berbeza dengannya.

“Kalau semua orang tengok saya tidak pernah terlibat atau tidak mahu melibatkan diri dalam program seni Umie. Saya rasa ianya agak kurang sesuai. Jadi biarlah Umie seorang sahaja berada di bidang seni dan saya berada di bidang politik dan bidang perjuangan tanpa kehadiran Umie. Memadailah sekadar sokongan moral sebagai seorang isteri kepada saya. Itu pun Alhamdulillah.

“Jadi saya rasa pun agak saya agak janggal untuk berada dalam acara hiburan khususnya kerana ini bukan bidang saya. Jadi susah untuk saya untuk menembusi ke dalam bidang tersebut,” katanya dalam temubual bersama Antarapos sempena Hari Raya.

Mengulas lanjut, Khairudin turut meluahkan rasa bersyukur dikurniakan seorang isteri yang tetap menyokong serta tabah melalui waktu-waktu sukar dalam perjuangan politik.

“Apabila saya terbabit dalam perjuangan nak menegakkan kebenaran ini. Saya hilang segala-galanya. Saya hilang rumah dilelong, saya hilang syarikat-syarikat. Harta saya, akaun perbankan semua dibekukan sehingga hari ini.

“Kami berada dalam keadaan yang cukup mencabar. Tetapi bersyukur walaupun Umie seorang yang datang dari bidang seni. Beliau cukup tabah dan kuat. Saya rasa jati diri dia cukup kuat. Jadi Alhamdulillah kami dapat melalui cabaran ini secara terbaik yang mungkin. Bersyukur kepada Allah SWT,” tambahnya.

Bekas Naib Ketua Umno bahagian Baru Kawan itu baru-baru ini dibebaskan daripada tuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan ekonomi negara berikutan tuduhan yang dihadapinya bukan kesalahan keselamatan dan tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA).

Khairudin juga telah diisytiharkan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga turut mengeluarkan arahan yang sama.

Susulan itu, sebuah rumah mewah bernilai RM2.1juta miliknya yang terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida turut dilelong.

Khairuddin yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang mendirikan rumah tangga dengan aktres terkenal tanahair itu sejak tahun 2010.

Beliau mempunyai dua orang anak, hasil dari perkahwinannya yang pertama.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 14 Mac 2010 di Tanah Suci Mekah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana