HARAP ‘BUNGA’ ATAU PAN SUDI KUTIP ‘KERA SUMBANG’ PAS ITU…

Agak menggelikan hati melihat telatah ‘kera sumbang’ di Pokok Sena yang tiba-tiba menyibukkan diri mengucap tahniah kepada Pakatan ‘yang tiada’ Harapan untuk menbentuk kerajaan pusat pada PRU ke-14 nanti.

Dia seorang pemimpin PAS, sepatutnya mengulas mengenai ketetapan PAS Kedah untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen dan 36 Dun di Kedah, tapi terhegeh-hegeh pula mengulas tentang Pakatan yang tiada kena mengena dengannya?

Atau sebenarnya dia sedang cuba menagih simpati dan bermain tarik tali? Cuma meminta ehsan dari PAN atau parti cap ‘bunga’ supaya memilihnya sebagai salah seorang calon, dan cuba memancing PAS Kedah supaya mencalonkannya sekali lagi di Pokok Sena?

Pada pandangan penulis, dia boleh dikatakan hampir tiada harapan lagi selepas ini bersama PAS. Dari sudut reputasi di kalangan akar umbi PAS, mahupun golongan pengundi atas pagar, nampak gaya dia bagaikan sudah ‘ditalkinkan’.

Mudah bicara, dia dikatakan memang langsung tiada harapan untuk dipilih semula oleh PAS. Dia ‘tergantung’, bagai terpulau jauh dari PAS dan kini bersama kelompok pihak yang kerjanya siang dan malam menyerang PAS.

Justeru, bagaimana seorang yang tiada harapan tiba-tiba bercakap soal ‘harapan’?

Kerana itu, penulis menjangkakan dia sedang cuba sedaya upaya ‘mengipas’ Pakatan, sekurang-kurangnya dia boleh ‘sambung nyawa’ politiknya untuk bertanding di mana-mana parlimen di Kedah atas nama gabungan musuh PAS itu.

Dia mungkin sedar, dia tiada harapan bersama PAS. Jadi terpaksalah mengharapkan simpati dari parti cap ‘bunga’ atau PAN untuk bertanding. Malah jika DAP sanggup tawarkan tempat untuk dia bertanding pun, mungkin dia sanggup!

Sebenarnya penulis bersimpati padanya. Mungkin dia seperti ‘kera sumbang’, namun dia terpaksa berbuat demikian. Hatinya dengan orang lain, tapi terikat tidak dapat bersama gara-gara masih terikat bai’ah. Tunggulah selepas tempoh bai’ah tamat, tahulah dia ajar PAS nanti…

Pada hemat penulis, parti cap ‘bunga’ atau PAN sepatutnya membantu orang Pokok Sena itu. Keluarkanlah kenyataan dan tawarkan dia bertanding di mana-mana kerusi di Kedah pada PRU nanti. Tidaklah dia teraba-raba mencari ‘tuan baru’.

Kasihanilah dia. Dia mungkin nampak kurang berakal, tapi tahap kemerapuan dia memang mencuit hati. Justeru itu penulis menyarankan supaya dia cuba menyertai Maharaja Lawak Mega jika tidak terpilih bertanding nanti. Mana tahu untung sabut dia menang, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana