HANYA YANG ‘BUTA AL-QURAN’ SAJA AKAN KELUAR DARI PAS

Hanya mereka yang buta al-Quran sahaja meninggalkan perjuangan Pas, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Presiden Pas itu berkata, golongan yang meninggalkan parti itu kerana terpengaruh dengan politik yang tidak membawa mereka kepada perjuangan sehingga akhirat.



“Berpijak di atas Undang-undang Tubuhnya, Pas tidak boleh diarah oleh mana-mana parti atau pihak supaya mengubah haluan dan hala tujunya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.



Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu, golongan yang sama tidak ubah seperti berlakon dalam politik seperti lakonan filem yang tamat ceritanya apabila hero sudah mati atau tidak berfungsi lagi.



“Pas boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi menyelamatkan negara dan rakyat tanpa meninggalkan al-Quran dan segala rangkaiannya yang disebut dalam Fasal 7, Perlembagaan Pas.



“Perjuangan Pas berteraskan akidah yang ditanam di dalam hati ahli-ahli Pas yang melakukan gerak kerja yang disaksikan oleh Allah dengan pegangan Islam yang sempurna, bukan sekadar slogan yang dilaungkan dan ditulis pada sepanduk atau cara hidup yang dianggap bebas daripada syariat Allah yang mencipta dan memerintah alam seluruhnya,” katanya lagi.



Sebagai parti meneruskan legasi perjuangan Islam, Pas wajib menolak mereka yang terbuka menentangnya atau menipu untuk mengalih hala tujunya.



Pas, katanya, tidak boleh menjadi sekadar tempat persinggahan kepada mereka yang merasa dirinya sangat bijak untuk mempergunakan parti itu mengikut nawaitunya yang tidak ikhlas dan tidak bersuluh dengan cahaya petunjuk al-Quran.



Menurutnya, golongan itu boleh terjun namun tidak mampu mengheret ahli Pas yang istiqamah.



“Ahli Pas yang setia tidak boleh bersama mereka yang lemas tanpa petunjuk al-Quran dan memeluk apa sahaja untuk menyelamatkan diri termasuk batu yang lebih meneggelamkannya atau meraba kepala tahi yang dibawa arus sungai yang menghanyutkan,” kata Abdul Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana