Hanya Mahathir boleh hancurkan Umno....Ini Kelakar...JAngan Plak Adanya MADEY PH Akan Terus DiTimpa MUSIBAH

Jangan Plak nanti....Ingatkan Panas sehingga ke Petang  rupanya Hujan Ditengah Hari.Nanti Baru lah tahu Langit Itu Tinggi atau rendah.Ingat adanya MADEY PH Boleh Menang selesa Kah?Ingat Rakyat Malaysia ini BODOH yang tak tahu Baca sejarah Silamnya.
Anda lihat lah Sini...selepas Madey Join PH masa tu ada 2 PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar BN dapat Majoriti semakin Bertambah,Itu adanya Madey berkempen ke sana ke sini.Ada nya Madey dalam PH silap Silap Separuh Hilang kerusi PH nanti Jangan Terkejut Plak...Nanti Orang Dalam PH sendiri akan CEMUH MADEY dan THE GENGNYA.


SHAH ALAM - Hanya jauhari yang mengenal manikam, ia selari dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mampu menghancurkan kekebalan Umno.

Demikian menurut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kehebatan Mahathir selari juga dengan pepatah Inggeris yang bermaksud hanya permata boleh memotong permata.

"Beliau mampu melakukannya walaupun Umno berusia lebih 60 tahun, InsyaAllah.

"Amanah bersedia memberikan kepercayaan kepada Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara kita pada hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, perkara sama turut dipersetujui parti PKR dan juga DAP.

"Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan.

"Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara, ujarnya.

Jelasnya, Pakatan Harapan berusaha untuk memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan atau BN.

"Ramai yang bertanya adakah Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan kerana beliau memiliki rekod berdekad terhadap musuh politik beliau sepanjang 22 tahun di singgahsana kuasa?

"Amanah bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia.

"Amanah adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung Rahmatallillalamin," katanya.

Tambahnya, menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam Amanah khususnya di kalangan pimpinan utamanya.

"Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik sepertimana yang lain. Beliau ada sejarah masa silam yang panjang yang sebahagian menyebutnya sebagai "baggage".

"Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap urustadbir negara," katanya.

Salahuddin berkata, tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa.

"Kita bersama menentang Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana kesalahan yang beliau lakukan sekarang kepada rakyat dan negara.

"Permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Tun Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana