HANYA DI MALAYSIA – JADI MP ATAS ISU FITNAH, BILA KALAH SAMAN, RAKYAT DISURUH TANGGUNG

SERUAN Rafizi agar rakyat memberinya sumbangan bagi menampung kos kalah saman kepada NFC sebanyak RM 300,000 atau berhadapan risiko diiystihar bankrap, pada hemat penulis bukan saja tidak bermoral malah amatlah memalukan.
Dengan isu NFC inilah (disamping pergolakan dalaman MCA), Rafizi menang dan menjadi Ahli Parlimen Pandan dalam PRU13 dulu.  Setelah dia mengaut semua keistimewaan sebagai ahli parlimen hasil dari isu tersebut termasuk digelar sebagai hero rakyat dan sebagainya, tak sepatutnyalah bila kalah di Mahkamah, rakyat pulak yang diminta bayar.
Ini logik macam mana?  Rakyat tak mintak dibayar balik sebab tersalah menghantar dia ke parlimen setelah termakan penipuan pasal NFC ni pun dah cukup untung.  Sehingga nak habis penggal parlimen ni, dah berapa banyak masalah orang Pandan dia perjuangkan di Parlimen?  Sehingga sekarang kita masih mendengar penduduk Pandan merungut masalah infrastruktur seperti lif dan sebagainya sedangkan wakil rakyat mereka sibuk berhujah isu lain di Parlimen.
Nampak sangat bukan wakil rakyat tapi wakil parti semata-mata.
Rakyat dibodohkan tau dalam isu NFC ni oleh Rafizi, kenapa rakyat mesti bayar bila dia kalah saman?  Guna sajalah semua elaun dan peruntukkan yang diperolehi selama ini untuk membayar kos saman tersebut.  Menang pun sebab isu NFC ni kan, jadi tak salah rasanya guna duit hasil kemenangan tu untuk bayar saman.
Kenapa nak claim dengan rakyat pulak?
Sepatutnya, Rafizi claim dengan semua ahli parlimen Pakatan yang turut menang dalam PRU14 kerana isu NFC ni, baru betul.  Senang sama senang takkan susah aku tanggung sorang – cakap macam itu kepada mereka.  Janganlah nak susahkan rakyat.  Ia adalah orang-orang macam Rafizi juga yang menyalak konon rakyat hidup terbeban sekarang ni, tapi saman RM 300,000 minta bantuan rakyat pulak untuk bayar, apa benda ni?
Lagipun mana maruah?  Datuk Sri Najib Tun Razak, boleh kata hari-hari umum perkara-perkara yang menyenangkan hidup rakyat, Rafizi pulak yang kononnya hero rakyat ni, cuba nak menyusahkan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana