GULING NAJIB RAZAK: “BUKAN 2015, TETAPI LEBIH AWAL, IAITU 2014”

 “Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” kata Mukhriz Mahathir dalam keterangan di Mahkamah Tinggi semalam.

 Apa signifikannya 2014?

Mungkin ramai yang sudah terlupa, bahawa pemilihan UMNO terakhir (sebelum ditangguh) adalah pada tahun 2013. Pada 20 Oktober 2013, keputusan penuh pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia diumumkan, di mana pada ketika itu menyaksikan Mukhriz Mahathir tewas bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Ketika hangat berkempen, penulis masih teringat, tentang cerita-cerita politik, kononnya Mahathir mahu Presiden UMNO, DS Najib Razak “membantu” Mukhriz agar anaknya itu dapat “menang mudah”. Namun, permintaan Mahathir ditolak secara baik oleh Presiden UMNO, sambil menekan semua pihak perlu bertanding secara adil dan saksama.

Jika benar cerita-cerita politik seperti diatas, maka tahun 2014 sangat signifikan, kerana jarak antara Oktober 2013 dan 2014 memungkinkan motif utama konspirasi menjatuhkan Presiden UMNO berbasiskan rasa tidak puas hati akibat keengganan Presiden UMNO “membantu” kemenangan Mukhriz Mahathir. Bukan menuduh, ini sekadar analisis punca utama mengapa konspirasi itu digerakkan.

Berpengalaman dalam politik, diakui bahawa Mahathir bijak memilih “peluru” untuk menyerang Presiden UMNO, iaitu dengan menggunakan isu “dana presiden” yang cuba dikaitkan dengan angka RM2.6 billion. Sudah menjadi lumrah dunia politik, dana seumpama itu sebenarnya perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum. Logiknya, ia tentu bukan lagi rahsia di kalangan pimpinan tertinggi UMNO, kerana penulis pasti dana politik itu tidak terkecuali dinikmati oleh Muhyiddin dan Mukhriz pada PRU13.

Serangan tersebut mengakibatkan kerumitan yang akhirnya membawa kepada pendedahan siapa penderma terbabit. Itulah jalan terakhir, kerana “tangan-tangan jahat” cuba mengaitkannya kononnya wang tersebut bersumberkan 1MDB.  Jadi, 1MDB sengaja dimanipulasi oleh ahli konspirasi, bukan sahaja digunakan oleh menjatuhkan perdana menteri, malah akhirnya memberi kesan perniagaan apabila 1MDB terlepas beberapa peluang perniagaan yang bagus.

Tidak hairanlah jika Mukhriz mendedahkan bahawa gerakan menjatuhkan Najib Razak bermula pada 2014 lagi. Ia seolah-olah mempunyai titik persamaan dengan cerita-cerita politik sewaktu pemilihan UMNO 2013. Tentang penafian bahawa gerakan oleh ayahnya itu bukan satu konspirasi, adalah baik untuk Mukhriz rujuk kepada Kadir Jasin mahupun Zam Mohamed akan makna konspirasi.

Jangan hanya tahu beri makan kuda dan bercanda dengan ikan lumba-lumba sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana