Guan Eng Sisih Ramasamy Bukti Krisis Dalaman DAP Makin Parah

TINDAKAN Ketua Menteri Pulau Pinang Lin Guan Eng menyisihkan Prof Dr. Ramasamy Palanisamy dari barisan Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang membuktikan krisis dalaman DAP semakin parah.

Majlis tersebut dipengerusikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan lima daripada 11 anggotanya terdiri daripada anggota DAP.  Tidak ada pemimpin India dalam barisan tersebut sedangkan Ramasamy merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP.

Menurut penganalisis politik, Ramasamy sepatutnya menjadi Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang. Apabila nama Mat Sabu dan Saifuddin Nasution tidak berada dalam senarai tersebut, ramai pihak mempertikaikan barisan baru Pakatan Harapan Pulau Pinang itu. Perlantikan Mujahid Yusuf Rawa dari Parit Buntar turut menjadi persoalan dikalangan ahli Pakatan Harapan sendiri.

Struktur organisasi pakatan harapan Pulau Pinang itu dikatakan diputuskan pada mesyuarat pertama Pakatan Harapan negeri pada 23 Julai lepas. Persoalannya, adakah ianya berdasarkan suara majoriti DAP ataupun keluarga Lim menggunakan kuasa “veto” atau “diktator” mereka dalam perkara ini?

Ianya terdiri daripada empat timbalan pengerusi iaitu pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman, pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, Pengerusi PAN negeri Datuk Mujahid Yusuf dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri Marzuki Yahya.

Jawatan Setiausaha Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri pula diisi oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Wong Hon Wai (DAP) manakala exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo (DAP) sebagai bendahari dan Dr Afif Bahardin (PKR) sebagai ketua penerangan.

Struktur organisasi itu juga turut menamakan Chow yang juga exco kerajaan negeri sebagai pengerusi jawatankuasa manifesto dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang Lim Siew Khim dari DAP sebagai ketua wanita Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Konvensyen Pakatan Harapan dijadual diadakan pada 24 Sept di Seberang Perai Arena sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Pemimpin lain dalam barisan itu Lim Siew Khim dari DAP yang diumumkan sebagai ketua Wanita PH. Adun Air Itam Wong Hon Wai dinamakan setiausaha PH negeri, manakala rakan sepasukan dan exco Jagdeep Singh Deo dijadikan bendahari.

Dr Afif Bahardin dari PKR, yang merupakan exco kesihatan negeri, dilantik sebagai ketua maklumat. Beliau juga memegang jawatan ketua Pemuda PH negeri.

Untuk makluman, Lim Guan Eng yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang kini sedang menghadapi dakwaan jenayah salah guna kuasa dan menunggu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Georgetown kerana penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglo dengan harga RM2.8 juta oleh Lim di Jalan Pinhorn. Tanah Taman Manggis di Pulau Pinang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana