GUAN ENG SERTA KIT SIANG BERTERUSAN GILA KUASA

DAP terus berdrama. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bersama konco-konconya sudah mula tidak senang duduk. Makin lama makin banyak pendedahan dilakukan. Mereka sudah mula risau dan gelisah. Kerana itulah mereka mula menyerang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menggesa supaya pemilihan Majlis Eksekutif Pusat (CEC) nya pada penghujung 2012 dilakukan semula.

Malah, pemimpin DAP juga umpama ‘cakap tak serupa bikin’ kerana sebelum ini juga beberapa kali tampil membuat kenyataan terbuka berhubung siasatan ROS. Ini termasuk membuat drama air mata kononnya mereka mungkin tidak dibenarkan bertanding dan lambang roket tidak boleh digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Guan Eng sendiri pernah ‘berbohong’ dan memanipulasi surat ROS kepada parti itu bertarikh 17 April 2013 dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang.

Ketika itu DAP boleh bercakap dan mengeluarkan kenyataan sesuka hati tetapi sekarang, tiba-tiba mereka boleh mendesak malah mengingkari arahan ROS supaya dilakukan pemilihan CEC.

DAP adalah sebuah parti yang hipokrit dan suka berdrama.

Realitinya, terdapat ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan 2012 tetapi tidak menerima notis panggilan. Ini didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.

Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan CEC parti, gagal berbuat demikian. Guan Eng sebelum inipun acap kali ‘asyik’ mengulangi dakwaannya bahawa ROS berniat untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Mengapa Guan Eng begitu berminat untuk mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umum? Daripada gaya beliau bercakap, seolah-olah beliau mahu partinya dibatalkan.

Sesuatu yang pasti hasil daripada pemilihan CEC yang berakhir hujung 2012 menyaksikan kesemua calon Melayu gagal dipilih untuk memenuhi 20 slot jawatankuasa itu. Ia hanya menunjukkan betapa kuatnya sema­ngat perkauman bagi DAP.

Ketika itu Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton, antara yang tidak diundi memegang jawatan CEC. Dia antara Melayu yang telah menyokong DAP berdekad lamanya – 36 tahun. Walaupun tidak dipilih, Ahmad Ton masih lagi percaya dengan slogan Malaysian-Malaysia DAP.

Sebelum ini tindakan Tunku Abdul Aziz mening­galkan jawatannya kerana `kelibat’ Melayu di DAP semakin menghilang.

Bagaimanapun semasa itu (2012), Ahmad Ton dan juga calon-calon Melayu DAP yang kalah seperti Dr. Ariffin S.M. Omar, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Sulaiman Syed Ibrahim, Roseli Abd. Ghani, Harun Ahmad dan juga Melayu DAP yang lain tidak kisah terus diperlakukan.

Tetapi akhirnya Zulkifli juga menyusuli Tunku Abdul Aziz. Dia mengumumkan peletakan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Jawatan yang bukan kecil anak juga iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global Tourism.

Perjuangan asal DAP yang bertunjangkan sosial demokrat kini telah bertukar haluan kepada kapitalisme dan diktator. Ungkapan kepimpinan berteraskan Saidina Umar Abdul Aziz merupakan retorik semata-mata.

DAP sentiasa menggambarkan diri parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak. DAP bukan parti untuk orang Melayu.

Dan yang pasti lagi pemilihan CEC 2012 perlu diadakan semula untuk memulihkan imej DAP yang tercalar teruk sebagai parti `kronisme dan gilakan kuasa dalam kalangan anak beranaknya’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana