GUAN ENG PATUT MALU DAN SALAHKAN DIRI SENDIRI BILA CEC TAK SAH....KALAU LAH DI KUASAI MALAYISA ORANG MACAM NI?

Parti yang sering melaung-laungkan kononnya parti untuk semua bangsa dan mengamalkan demokratik, sering menggunakan taktik licik dengan meletakkan kesalahan mereka kepada pihak lain. Salah mereka menjadi salah orang lain.

Parti rasis dan cauvinis DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kini cuba menjaja cerita kononnya Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) pada ketika ini sedang memberikan tekanan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengharamkan parti itu.

Secara tidak langsung, tindakan parti rasis dan cauvinis DAP itu juga membuktikan bahawa parti yang didominasi bangsa Cina itu sedang berada dalam keadaan yang sangat terdesak mahu mencari sokongan kepada perjuangan Chauvanist mereka.

Jadi, memang wajarlah bila Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan pemimpin DAP, khususnya Guan Eng yang memegang kuasa eksekutif dalam DAP sepatutnya merasa malu dan menyalahkan diri sendiri kerana gagal membuat pemilihan semula mengikut undang-undang ditetapkan sehingga memaksa ahli-ahli DAP yang tidak berpuas hati membuat aduan mengenainya kepada JPPM.

Beliau berkata, setelah membuat siasatan rapi, pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akhirnya membuat keputusan bahawa, mengikut Akta Pertubuhan dan Perlembagaan DAP sendiri, proses pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

“Keputusan tegas JPPM ini sekali gus menjadikan pelantikan semua pemegang jawatan utama DAP, termasuk Setiausaha Agung, turut tidak sah kerana pemilihan CEC itu sendiri tidak sah.

“Keputusan JPPM ini tidak seharusnya cuba dipolitikkan oleh pemimpin dan penyokong DAP untuk menarik simpati rakyat kononnya ini adalah konspirasi jahat pemerintah untuk mengalahkan DAP,” kata Kamarul.

Jumaat lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meminta parti rasis dan cauvinis DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Namun, parti rasis dan cauvinis DAP bersikap angkuh apabila Guan Eng dilaporkan berkata DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu kerana parti itu telahpun berbuat demikian pada 29 Sept 2013.

Ketua Menteri yang memegang 20 lebih jawatan penting dalam negeri itu berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan RoS selepas menerima surat rasmi daripada jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung arahan mengenai pemilihan semula CEC tersebut.

Tambah Kamarul, sebagai sebuah parti yang kononnya bersifat demokratik, tidak sepatutnya pemilihan semula ini dibuat secara tidak betul, apatah lagi bila DAP selalu terkehadapan dalam menuntut penjalanan pilihan raya yang bersih dan telus dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Cukup memalukan bila masalah pemilihan semula ini masih membelenggui DAP sedangkan ia dibarisi oleh ramai tokoh profesional, khususnya para peguam, yang sepatutnya arif dalam bidang undang-undang,” kata Kamarul.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan keputusan ini sekali gus membebaskan JPPM dari tuduhan banyak pihak yang mendakwa konon kegagalannya bertindak ke atas DAP sebelum ini adalah kerana ada tangan ghaib yang mahu membela DAP.

Beliau berkata kini terpulanglah kepada pemimpin DAP untuk mempolitikkan isu ini demi kepentingan sempitnya seterusnya menggunakan watikah pelantikan calon pilihan raya dari parti rakan atau segera membuat pemilihan semula CEC baharu secara telus.

“Persoalan yang menarik untuk dilihat ialah apakah pemimpin tertinggi DAP sekarang sanggup mengambil risiko pemilihan semula CEC baharu yang dibuat secara telus akan mengubah komposisi selaras dengan kehendak akar umbi parti?

“Apa pun, bagi sesetengah pihak, kesilapan besar menguruskan parti begini akan mendorong pemimpin yang bertanggungjawab ke atasnya meletakkan jawatan jika pemimpin itu benar-benar bermoral.

“Memegang jawatan utama parti selama bertahun-tahun hasil daripada pemilihan yang tidak sah adalah satu perkara yang sukar dimaafkan,” katanya lagi. -Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana