Gaya Najib Tidak Sama, Jauh Lagi Bagus Dari Mahathir

Cakap-cakap Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad menjangkakan ramai pemimpin pembangkang akan ditangkap oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) hanyalah cakap kosong kerana bekas Perdana Menteri itu merasakan Datuk Seri Najib Tun Razak berperangai diktator sepertinya.

Situasinya amat berbeza dengan gaya Najib, Perdana Menteri kini dengan gaya beliau yang takut sangat jawatan Perdana Menteri itu hilang.

Tarikhnya, 27 Oktober 1987 Ops Lalang dijalankan oleh polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangkap individu yang mengganggu kestabilan politik di dalam negara. Dalam erti kata lain, sebenarnya operasi itu dilaksanakan untuk melenyapkan ancaman kepada Mahathir.

Seramai 106 ahli politik kebanyakan dari pembangkan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dua syarikat penerbitan surat khabar, The Star dan Sin Chew Jit Poh dan dua akhbar mingguan, The Sunday dan Watan dibatalkan lesen mereka.

Penahanan mereka kemudian boleh dibuat selama dua tahun hanya dengan izin Menteri Dalam Negeri dan ia boleh diperbaharui setiap dua tahun selama mana dikehendaki dengan kebenaran dari Menteri.

Akta itu beri kuasa kepada Mahathir untuk bekerjasama dengan Menteri Dalam Negeri untuk menangkap siapa yang cuba ganggu pentadbiran BN dan cuba ganggu Mahathir.

Zaman Najib cara itu sudah tidak ada malah akta ISA sudah dimansuhkan. Kalau ada pun, ia adalah Akta Keselahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk berikan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan untuk kekalkan keamanan dan keselamatan.

Semua penahanan akan dibuat atas sebab dan bukti berasas bahawa individu itu ada melakukan perbuatan menjejaskan keamanan dan keselamatan.

Mahathir cuba mengaitkan penahanan beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini sebagai sengaja dirancang oleh BN padahal ia adalah satu tangkapan sah.

“Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa pilihan raya umum ke-14.

“Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-ngacirkan parti.

“Memang tindakan itu akan menyebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan berasa takut untuk mengundi pembangkang.

“Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan,” kata beliau dalam blognya semalam.

Dua kes menarik iaitu kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerana beliau sendiri yang beli banglo dengan harga jauh murah dari pasaran sehingga dituduh salah guna kuasa. Satu lagi penahanan, Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli kerana mendedahkan dokumen yang rahsia sehingga dia dihukum penjara.

Mereka ini tuduh kerajaan BN cuba buat kes konspirasi dengan tujuan hendak tamatkan karier politik mereka. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana