Gabungan Mahathir-Anwar kemaruk kuasa – Mubarak

Gabungan dua bekas musuh dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan dua pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu semata melunaskan agenda mereka.

“Kerana kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja. Mereka hanya nak menang dan berkuasa malah sanggup buat apa sahaja. Dahulu Tun Dr Mahathir masukkan Anwar dalam penjara, tetapi sekarang berbaik pula,” katanya kepada selepas perasmian Bengkel Persediaan dan Simulasi Perbahasan Parlimen Mahasiswa, Kuala Lumpur, Jumaat malam.

Pada Khamis, Majlis Presiden PH dilaporkan mengumumkan struktur kepimpinan mereka yang baharu iaitu Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden gabungan pembangkang terbesar negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana