ELEMEN KEKERABATAN ATAU NEPOTISME DALAM PAKATAN HARAPAN

Kekerabatan merupakan konsep yang membawa pengertian yang sama dengan kekeluargaan atau nepotisme. Istilah ini bermaksud tindakan individu yang mengutamakan kepentingan keluarga, sahabat handai dan rangkaian sosial yang dekat dengannya. Pertimbangan-pertimbangan kekerabatan ini dijelmakan dalam pelbagai bentuk hubungan seharian sama ada dalam bentuk hubungan sosial, ekonomi dan hubungan politik dalam masyarakat.

Ironinya, pada zaman era teknologi dan globalisasi ketika ini, legasi kekeluargaan dalam politik mula muncul semula, malah keadaan di Malaysia juga kini jelas menunjukkan ciri-ciri perkembangan politik yang dipengaruhi oleh elemen kekerabatan. Misalnya, Setiausaha Agung DAP ketika ini, Lim Guan Eng merupakan anak kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, manakala Wan Azizah dan Nurul Izzah, keduanya wakil rakyat PKR dan pimpinan tertinggi PKR adalah isteri dan anak kepada Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dan penasihat parti PKR. Tidak terkecuali Tun Dr Mahathir yang meletakkan anaknya Mukhriz dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam hal ini, peluang para pemimpin muda untuk menyertai politik juga mungkin tipis kerana unsur-unsur nepotisme yang menebal dalam parti Pakatan Harapn yang akan menyebabkan pemilihan pemimpin baharu lebih diutamakan dari kalangan anak-anak dan ahli keluarga pemimpin parti sahaja. Keadaan seperti ini jika tidak dapat dikawal akan menyebabkan timbul kesan-kesan yang boleh menggugat perpaduan masyarakat dalam sesebuah negara. Amalan nepotisme yang menebal dalam parti Pakatan Harapan akan menyebabkan timbul layanan diskriminasi dalam masyarakat.

Pemimpin yang yang berkuasa dalam parti akan memberi keutamaan yang lebih kepada sanak-saudara atau ahli keluarga mereka sahaja. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya salah guna kuasa untuk kepentingan keluarga berupaya menafikan hak-hak masyarakat yang lain. Amalan nepotisme dalam sesebuah parti didapati tidak dapat bertahan lama sebagai sebuah kerajaan dan kebanyakannya telah digulingkan oleh pemimpin yang memperjuangkan agar amalan nepotisme dihapuskan dalam politik. Nepotisme dalam politik adalah sesuatu budaya yang harus dibendung untuk mengelakkan perpecahan dalam masyarakat khususnya dalam masyarakat yang berbilang etnik dan agama seperti di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana