Ekspresi Felda : Untungnya Warga Felda....Kerajaan Terbaik

Diawal penubuhan Felda kira-kira 60 tahun yang lalu, ramai yang menganggap usaha kerajaan meneroka kawasan hutan bagi penempatan kaum Melayu dan Bumiputera di bawah satu kelompok, sebagai satu usaha yang gila dan amat sukar dilaksanakan. Ini kerana, kawasan yang ingin diteroka pada ketika itu amat merbahaya terutamanya wujud ancaman pengganas komunis di kawasan berkenaan.

Namun begitu, disaat ramai yang tertanya-tanya relevannya penerokaan berkenaan bagi penanaman getah dan penempatan semula penduduk luar bandar bagi membasmi kemiskinan, ramai dikalangan kaum Melayu yang ingin keluar dari kepompong kemiskinan, menyahut cabaran berkenaan dan lahirlah Felda pertama negara, Felda Lurah Bilut.

Hari ini, setelah 60 tahun berlalu, Felda sudah melalui proses panjang yang telah mematangkan sesebuah organisasi. Jika dahulu tidak ramai yang berani menyahut cabaran kerajaan untuk meneroka satu bidang baru, hari ini, segala penat lelah peneroka generasi pertama sudah mula mendapat hasil dan akan dinikmati sepanjang merkea menjadi warga Felda.

Untuk sambutan ke 60 penubuhan Felda, bagi menghargai jerit perih para peneroka, Felda dan Kerajaan telah menganjurkan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia khusus untuk menghargai apa jua perjuangan dan segala kepayahan yang ditanggung oleh warganya.

Dalam ucapan perasmian yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini, beliau menzahirkan penghargaan buat seluruh warga Felda yang tidak pernah kenal erti penat mengeluarkan hasil komuditi yang telah membantu membangunkan ekonomi negara secara amnya. Malah beliau cukup terharu dengan sokongan warga Felda yang tidak pernah putus-putus menyokong kerajaan.

Bagi menghargai apa jua sumbangan warga Felda, 6 berita baik telah diumumkan beliau sebentar tadi yang mencakupi segala aspek. Paling mencuri tumpuan adalah insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM 5,000 bagi setiap 94,956 peneroka yang layak.

Selain daripada itu, beliau turut mengumumkan peelupusan hutang tanam semula yang bernilai RM 519 juta, kelulusan lebih 1 unit rumah satu tapak, dana khas bernilai RM 300 juta untuk tempoh 5 tahun bermula 2017 bagi melupuskan hutang kos operasi tanam semula, perlupusan baki pinjaman saham FGV yang bernilai RM128.1 juta, geran khas RM 7,500 bagi program tanam semula Felda dibawah kendalian MPOB yang bernilai RM166 Juta.

Selain itu beliau turut mengumumkan 17,679 peneroka yang tidak hantar hasil pada Felda untuk kembali muafakat bersama Felda dalam tempoh 6 bulan.

Lihat sahaja bagaimana kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak begitu menghargai pengorbanan dan perit jerih warga Felda. Projek yang diilhamkan oleh Almarhum ayahanda beliau, Tun Abdul Razak Hussien hari ini diteruskan oleh Datuk Seri Mohd Najib supaya agenda pembangunan Felda iini dapat diteruskan untuk selama-lamanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana