Ekspresi Felda : Mahathir Memang Mahu Swastakan Felda Dari Dahulu

Sehingga hari ini, Felda masih kekal menjadi salah sebuah badan yang masih dimiliki oleh kerajaan. Tidak seperti kebanyakan GLC yang lain, hampir kesemua syarikat yang satu ketika dahulu milik kerajaan telahpun diswastakan semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Felda tidak diusik atau diswastakan semasa pentadbiran Mahathir? Sebenarnya, sebelum syarikat milik kerajaan pertama yang diswastakan iaitu Jabatan Telekom Malaysia (kini dikenali sebagai Telekom Malaysia (TM)), Felda adalah sebuah badan yang ingin diswastakan oleh Mahathir semasa tahun-tahun pertama dia berkuasa.

Alasannya, kerajaan pada ketika itu tidak mampu untuk menanggung kos atau menanggung hasil yang dikeluarkan oleh Felda kerana pada ketika itu, negara sedang berhadapan dengan kelembaan ekonomi.

Mujur, pada ketika itu, ramai pihak yang membantah cadangan Mahathir ini sehinggalah penswastaan Jabatan telekom Malaysia di laksanakan. Ini diikuti dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lembaga Letrik Negara, Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan Klang, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Johor, Keretapi Tanah Melayu dan Lembaga Penyatuandan pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

Bayangkan, jika projek penswastaan ini menjadi kenyataan, pastinya nasib peneroka yang hampir kesemuanya mewarisi tanah dari generasi pertama, terpaksa bergantung penuh kepada harga jualan global dan tidak lagi dilindungi oleh kerajaan. Pastinya ia akan memberi lebih kesukaran buat warga Felda senadainya cadangan gila Mahathir ini menjadi kenyataan.

Agak menghairankan juga apabila antara perkara utama yang digariskan Mahathir sekiranya Pakatan Harapan berkuasa adalah memulihkan Felda. Walhal, semasa dia berkuasa dahulu, nasib peneroka Felda langsung tidak diendahkan dengan pendapatan mereka berada di bawah angka RM 1,000.

Hari ini, dengan bantuan penuh kerajaan yang mengenang nasib para peneroka, pendapatan mereka berada pada tahap minima RM 1,500 sebulan dengan pelbagai insentif lain turut diberikan kepada peneroka. Malah, hari ini kita dapat lihat, taraf hidup para peneroka jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Justeru ingin ditanyakan kepada Mahathir, nasib apakah yang ingin dia selamatkan bersama-sama Pakatan Harapan yang lain? Benar, Felda dan anak syarikatnya memang ada berhadapan dengan masalah namun sehingga hari ini belum ada para peneroka yang masih belum menerima ganjaran hasil penat lelah mereka. Sehingga kini Felda masih belum gagal melunaskan apa jua bayaran yang berhak keatas mereka.

Setidak-tidaknya, para peneroka harus bersyukur kerana nasib mereka jauh lebih baik berbanding orang lain yang berada di luar sana. Masa hadapan mereka sentiasa terjamin dengan komitmen penuh kerajaan yang sentiasa membela nasib mereka. Usah mudah termakan dengan kata hasut pembangkang yang hanya mahu melihat, satu-satunya projek milik kerajaan keatas kaum Melayu dan Bumiputera dapat dijahanamkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana