Dua Kenyataan Bodoh Anak Beranak DAP Untuk Alih Perhatian Daripada Apa?

Dua beranak dari DAP hari ini dan semalam dikatakan ada membuat kenyataan yang jauh menyimpang dari isu semasa sekarang serta tidak masuk akal seakan-akan mahu mengalihkan perhatian rakyat dari sesuatu.

Veteran DAP, Lim Kit Siang buat kenyataan bahawa beliau sokong pemimpin dari PAN, Datuk Husam Musa untuk jadi Menteri Besar Kelantan jika PAN menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula kata Amerika Syarikat (AS) boleh guna kekuatan ketenteraan jika mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) tanpa perlu guna saman dari pihak Jabatan Kehakiman (DOJ) jika mahu.

Dua dua kenyataan ini tidak masuk akal langsung kerana, DAP tidak bertanding satu kerusi di Kelantan, kenapa pula mereka mahu masuk campur dalam urusan siapa yang bakal jadi Menteri Besar di situ. Tambahan pula, adakah PAN bakal dapat menang banyak kerusi menidakkan kekuatan PAS di negeri itu.

Apakah perkara yang cuba dielakkan untuk diberi perhatian terus oleh rakyat.

Adakah mungkin kegagalan mereka untuk mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana mereka kononnya sudah sepakat sekata sehati untuk berdaftar dan ada logo sendiri, tapi akhirnya tak jadi juga.

Bagi mereka sudah pasti kegagalan ini mengundang malu yang besar kerana sudah dihebohkan satu Malaysia akhirnya parti-parti dalam pembangkang mahu berdaftar dan menjadi satu gabungan rasmi. Bagaimanapun, dek kerana masih gagal menyelesaikah masalah dalaman, ia gagal.

Atau adakah mungkin mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada menumpukan kepada kebodohan mereka menerima masuk seorang bekas Perdana Menteri yang sudah nyanyuk dan pakar u-turn, Tun Mahathir Mohamad untuk memimpin PH.

Sudah banyak kenyataan dibuat oleh Mahathir membuatkan PH bergolak dan perebutan jawatan berlaku sehingga menjejaskan imej mereka.

Selain itu, strategi untuk gunakan DOJ juga sekali lagi nampak bakal gagal kerana rakyat tampak tidak berminat untuk mengikuti perkara ini.

Mereka seringkali guna pendekatan ini, buat kenyataan tidak masuk akal untuk alihkan perhatian rakyat. Kali ini rakyat tidak terpengaruh tapi semakin kelihatan kedangkalan kenyataan mereka. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana