Dr Mahathir…siapa tipu siapa?Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad yang perintah Malaysia selama 22 tahun kini cukup gemar guna istilah 'tipu' .

Bunyinya macam orang baru masuk politik yang sudah tidak ada modal nak perlekeh pihak lawan.

Sejak masuk kolam pembangkang,Pengerusi Pakatan Harapan ini galak main persepsi seolah segalanya dalam BN…tipu…tipu…tipu.

Sana sini beliau dakwa dan minta waspada pada kemungkinan BN akan menipu pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Untuk bagi lebih menarik,beliau juga dakwa BN akan isytihar darurat dan tabir negara guna Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969  jika kalah tipis kepada Pakatan.

BN juga dakwanya akan guna duit beli undi.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Rabu Dr Mahathir ingatkan pula tentang kemungkinan taktik ‘pulas tangan’ oleh BN keatas anggota beruniform yang undi awal masa pilihanraya.

Katanya mungkin BN akan letak pegawai-pegawai atasan yang muka garang di pusat undi untuk memastikan anggota beruniform – polis,tentera dan lain-lain undi BN.

Beliau juga mengingatkan anggota beruniform jangan bimbang kerana undi adalah rahsia tiada siapa akan tahu mereka undi siapa.

Juga katanya kalau Pakatan Harapan menang tiada apa-apa tindakan akan diambil keatas mereka yang tidak undi pakatan itu.

Tuduhan macam ini memang mudah cakap.Satu sen pun modal tak payah keluar.

Macam juga pembangkang tuduh isu 40,000 pengundi hantu Bangladesh macam PRU13 dulu yang jelas terbukti temberang kosong.

Ahli Majlis tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang mengulas gelagat Dr Mahathir pada satu majlis UMNO di Guar Cempedak,Kedah membidas bekas Perdana Menteri itu kerana mendakwa BN akan melakukan penipuan untuk mengekalkan kuasa pada PRU14.

"Belum pun pilihan raya diumumkan, Dr. Mahathir sudah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menipu, " katanya.

Kata beliau dalam dunia yang semakin dan serba canggih, rakyat tidak akan mudah tertipu... hari ini duduk di rumah pun boleh mendapat makluma berapa undi menang, peti undi mana menang, tidak mungkin orang boleh tipu.

"Cukuplah Dr. Mahathir bermain politik, polimik dan pemikiran lama, that is old school...."

Kalau diimbas balik sepanjang ketuai BN pilihanraya-pilihanraya  22 tahun jadi Perdana Menteri apa yang pembangkang tidak tuduhnya menipu.

Semasa zaman Reformasi isu Datuk Seri Anwar Ibrahim apa yang pembangkang tidak cakap pasalnya termasuk beri gelaran Mahazalim dan Mahafiraun.

Ada sesiapa pernah ingat Dr Mahathir ambil peduli semua tuduhan itu.

Begitu juga apa yang pembangkang tidak dakwa pasal projek-projek di zamannya  bagi pada kroni itu ini.

Cuba imbas balik apa yang Lim Kit Siang,Anwar dan Mat Sabu pernah cakap cukup pedas mengenai kekayaan anak-anaknya.

Rafizi Ramli juga tidak mungkin boleh padam bagaimana teruknya beliau gambarkan Dr Mahathir seperti yang kita boleh dengar balik dalam Youtube.

Undur lagi belakang…pada pemilihan bersenjarah UMNO April 1987 antara Team A pimpinan Dr Mahathir - Tun Ghafar Baba VS Team B Tengku Razaleigh Hamzah-Tun Musa Hitam apa keraguan yang tidak berlegar tentang kemenangannya cuma 43 undi saja.

Ada kisah lampu padam masa pengundian dan macam-macam orang cakap pasal taktik tipu.

Kalangan wartawan dan orang politik zaman itu tentu ingat betapa cemasnya Dr Mahathir dan Team A berdepan team Tengku Razaleigh yang diramal akan menang.
 
Namun satu dunia tahu penyelamat  terbesar Dr Mahathir hingga dapat undi menang tipis  761 berbanding 718 Tengku Razaleigh ialah bila Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai Pemuda UMNO Malaysia  waktu itu ‘swing’ menyokongnya.

Sejarah juga sudah tercatat gara-gara pemilihan itu UMNO diputuskan oleh mahkamah haram dan menyaksikan penubuhan parti serpihan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

Juga macam stail budak-budak,bekas Perdana Menteri itu sekarang ambil jalan cukup mudah seperti dalam isu permusuhanya dengan Anwar kerana nak dakap semula bekas timbalannya.

Katanya lupakan kisah lampau…. TITIK.

Orang yang sinonim dengan istilah Melayu mudah lupa kini mengajak semua orang lupakan yang lampau.

Bayangkan kononya atas impian nak selamatkan Malaysia beliau sedia berdakap dengan Anwar seorang yang dua kali diapati bersalah di mahkamah kerana meliwat dan Lim Kit Siang yang didakwanya rasis.

Bukan setakat itu kerana isu moral Anwar diisytihar beliau tidak layak untuk jadi pemimpin negara ini.

Untuk mengabui semua orang sekarang beliau kata tetap pertahan keputusan pecat Anwar pada 1998 kerana ‘ situasi masa itu’.

Pada masa yang sama beliau cuba sejukkan hati geng pembangkang dengan mendakwa dalam kes liwat kedua ( Saiful Bukari Azlan) Anwar telah dizalimi dan badan kehakiman dipengaruhi oleh kerajaan.

Kalau rajin pasang telinga ramai orang yang kedengaran cakap mereka terus hilang hormat pada Dr Mahathir bila mendengar putar belit U-Turn yang tidak masuk akal ini.

Apakah maksudnya dulu tahun 1998 Anwar didakwa dan didapati bersalah liwat tidak boleh jadi Perdana Menteri tetapi sekarang sekalipun kali kedua didapati bersalah atas kesalahan yang keji itu …sudah boleh pegang jawatan itu.

Drama ini semua mata-mata kerana mahu menjayakan agenda beliau untuk jatuhkan Najib

Ia bukan sahaja bunyi macam budak-budak tetapi dah ibarat kartun.

Soalnya …siapa nak tipu siapa?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana