Dr Mahathir ubah pendirian…tapi fakta mengenai Anwar tidak berubah - Khairy

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pusingan-U terbaru dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jelas membuka pekong matlamat peribadinya.

Namun katanya sekalipun bekas Perdana Menteri itu sudah ubah pendirian politiknya  fakta yang mendorong beliau pecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri termasuk Timbalan Presiden UMNO semua itu tidak akan berubah.

“Yang berubah ialah pendirian beliau,”katanya kepada pemberita pada majlis 'Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Rembau Sabtu.

Beliau dipercayai merujuk kepada isu moral dan kesalahan meliwat hingga Anwar dipenjarakan.

Khairy berkata matlamat peribadi Dr Mahathir jelas dapat dilihat sehingga mampu mengubah pendiriannya sedangkan di bawah kepimpinan beliau dahululah Anwar telah dipecat dan dipenjarakan dan perkara itu telah menjadi sejarah dan fakta yang tidak boleh diubah.

"Hari ini dia rasa bahawa adalah terbaik untuk dia selamatkan diri daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebenaran di sebalik kerugian Bank Negara dalam urus niaga mata wang asing pada tahun 1990-an.

"Beliau memerlukan Anwar supaya tidak ada keterangan yang keluar dari Anwar yang ketika itu merupakan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap Bank Negara yang boleh menuding jari kepada beliau," katanya.

Khairy berkata kaedah yang diamalkan Dr Mahathir itu juga merupakan cara untuk beliau menyelamatkan legasinya dan salah satu cara untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai perdana menteri, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana