DR MAHATHIR PERLU SEDAR DIRINYA HANYA BONEKA PEMBANGKANG...MADEY SEDAR SEBENARNYA KERANA DENDAM DAN TERPAKSA

Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah ‘top dog’ pihak pembangkang dan setaraf perdana menteri adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya sekadar boneka dalam barisan kepimpinan baharu Pakatan Harapan.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Pengerusi DAP Lim Kit Siang sebenarnya yang menjadi ketua pakatan pembangkang tetapi beliau tidak ditonjolkan dalam carta kepimpinan gabungan Pakatan Harapan.

“Sama ada beliau (Dr Mahathir) sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang.

“Parti Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi.

“Maka, secara realitinya, Lim Kita Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka,” kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata senarai pemimpin Melayu yang diumumkan dalam struktur baharu barisan pembangkang juga sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP terhadap mereka.

Minggu lepas, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir selaku Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden).

Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai timbalan presiden.

Menyentuh mengenai tindakan Dr Mahathir mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dalam program ‘Nothing To Hide 2.0’ anjuran Armada PPBM, Tengku Sariffuddin mempersoalkan perkara itu kerana sepanjang menjadi perdana menteri, Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat bersama musuh-musuh politiknya.

“Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat ‘town hall’ bersama musuh-musuhnya politiknya selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mencabar Najib di pentas ‘Nothing To Hide 2.0’ yang dijadual diadakan pada 13 Ogos depan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment