DR MAHATHIR PERLEKEHKAN PERJUANGAN REFORMASI ANWAR, SEDIA TERIMA ANWAR JADI PM

Sudah hampir 2 dekad Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim menjadi seteru ketat selepas Anwar disingkir pada 1998 dengan cara memalukan oleh Mahathir. Kedua-dua tokoh politik itu sememangnya mengejutkan politik Malaysia apabila Mahathir mengambil keputusan untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang menjurus kepada berlakunya demonstrasi besar-besaran Reformasi menuntut keadilan oleh Anwar dan penyokong-penyokongnya di Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun pergerakan Reformasi di Malaysia yang dilaksanakan oleh Anwar dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998 adalah merupakan gerakan yang sia-sia kerana Dr Mahathir sudah menjinakkan Anwar dan penyokongnya melalui perancangannya untuk mendapatkan kuasa melalui Pakatan Harapan.

Seperti yang semua sedia maklum, gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan dan perbarisan besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998. Sasaran utama kempen reformasi ini ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang jawatannya.

Setelah diperkotak katikkan oleh Dr Mahathir selama hampir 2 dekad, Dr Mahathir akhirnya menyatakan bahawa beliau sanggup menerima Anwar sebagai Perdana Menteri seterusnya jika Pakatan Harapan menang pilihanraya akan datang. Politik penuh dengan kejutan dan Dr Mahathir kini pakar u turn.

Sia-sia sahaja perjuangan Reformasi Anwar yang tidak ke mana itu. Mengapa perlu Anwar lalui kehidupan teruk yang dicorakkan oleh Dr Mahathir ini. Dia dijatuhkan, dihina, dicaci dan disumbat ke dalam penjara oleh Dr Mahathir. Akhirnya sekali, mungkinkah Anwar sudah tunduk semula kepada Dr Mahathir. Jika Dr Mahathir tidak menjatuhkan Anwar ketika itu sudah pasti Anwar tidak perlu berdepan dengan masalah ini yang dibuat Dr Mahathir.

Jika Anwar naik jadi PM dan tidak mengikut citarasa Dr Mahathir, tidak mustahil Anwar juga akan menjadi mangsa kepada kerakusan politik Dr Mahathir yang tidak pernah berpuas hati dengan sesiapa sahaja pemimpin yang dilantik menjadi Perdana Menteri selepas dia bersara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana