DR MAHATHIR PEMIMPIN PENUH MUSLIHAT

Pakatan Harapan kini sedang membela seorang pemimpin yang pernah mendatangkan ancaman kepada mereka dan menggugat kedudukan mereka suatu ketika dahulu demi untuk mencapai agenda politik mereka. Malah ada pemimpin-pemimpin dalam kalangan Pakatan Harapan juga pernah dihumban ke penjara oleh pemimpin bernama Dr Mahathir ini.

Apa yang pasti Dr Mahathir adalah seorang individu yang licikan dan penuh muslihat. Kerjasama Dr Mahathir dengan Pakatan Harapan juga salah satu muslihat yang dirancang dan tidak mustahil apa-apa boleh berlaku dalam kerjasama Pakatan Harapan dengan Dr Mahathir.

Pakatan Harapan kini seolah-olah seperti sudah kemaruk dengan Dr Mahathir seperti terkena sumpahan. Perkara-perkara buruk yang pernah dilakukan Dr Mahathir terhadap mereka juga bagaikan membuatkan pemimpin Pakatan Harapan hilang ingatan terhadap apa jua kekejaman yang dilakukan terhadap mereka ketika Dr Mahathir berkuasa.

Pakatan Harapan yang dilihat mempercayai 100% Dr Mahathir dinasihatkan agar tidak terlalu mempercayai dengan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Pengerusi Bersatu itu seringkali membuat pusingan U selama berada dalam dunia politik. Mereka perlu berhati-hati kerana bekerjasama dengan seorang pemimpin yang licik dan sukar dikawal.

Sejak berada dalam UMNO, Mahathir dilihat beberapa kali keluar dan masuk semula parti itu mengikut selera hatinya. Malah semua kenyataan yang dibuat Dr Mahathir tidak boleh dipercayai kerana disifatkan 'bermain wayang' semata-mata. Tidak mustahil perkara yang sama dilakukannya dalam UMNO akan dibuatnya dalam Pakatan Harapan. Dalam dunia politik apa-apa boleh berlaku, senjata boleh makan tuannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana