Dr Mahathir merancang untuk jatuhkan Najib sejak 2014, kata Mukhriz

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2014.

Menjawab soalan peguam Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos sama ada beliau bersetuju dengan kenyataannya bahawa bekas Perdana Menteri itu berusaha untuk menjatuhkan Najib sejak 2015.

Bekas Menteri Besar Kedah itu bersetuju dengan kenyataan berkenaan, tetapi menambah rancangan itu berkemungkinan bermula pada 2014.

Menjawab soalan sama ada rancangan berkenaan dinyatakan kepada umum dan disiarkan dalam media perdana serta media sosial, beliau berkata, “Ya”.

Beliau juga bersetuju dengan bahawa Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Najib tetapi menafikan mereka “berpakat” untuk melaksanakannya.

ADUN Ayer Hitam itu berkata demikian ketika memberi keterangan dalam saman fitnahnya terhadap setiausaha akhbar Najib, Tengku Sarifuddin mengenai dua kenyataan media didakwa fitnah dibuat terhadapnya pada April tahun lalu.

Sebelum itu, ketika disoal semula oleh peguamnya Mohammed Haniff Khatri Abdulla, Mukhriz mendakwa tertuduh (Tengku Sarifuddin) cuba untuk memburukkan nama baiknya.

Dalam saman itu, Mukhriz mendakwa beliau telah menyatakan melalui satu kenyataan media pada 21 April meminta Tengku Sarifuddin supaya menarik balik kenyataannya atau menghadapi tindakan undang-undang.

Plaintif mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau secara terus bersekongkol dengan Muhyiddin dan Dr Mahathir dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment