Dr Mahathir mengaku berusaha jatuhkan Najib sebagai PM....Buruk PErangai Madey Ni...Ingat Melaysia Ini Madey Yang Punya Kah?

Inilah Manusia yang giler Kuasa sedangkan 22 Tahun memerintah Malaysia....suatu ketika dahulu lagi mahu campur kuasa politik Negara.Kan giler nama tu.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku di Mahkamah Tinggi di sini beliau cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Disoal oleh peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos adakah beliau berusaha untuk menjatuhkan Najib sejak 2014, bekas Perdana Menteri itu menjawab: “Ya, benar.”

Kepada soalan sama ada tindakannya bertujuan untuk memburukkan UMNO, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu memburukkan parti tetapi hanya Najib.

Disoal sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding dengan UMNO, beliau mendakwa UMNO yang ada sekarang tidak sama dengan UMNO dahulu yang sekarang menjadi Parti Najib.

Dr Mahathir, 92, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah, yang menyaman setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, berhubungan dua kenyataan media didakwa fitnah terhadapnya pada April tahun lalu.

Dalam kenyataan saksinya, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM berkata, beliau tidak bersekongkol dengan sesiapa, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk memajukan Mukhriz atau lain-lain anaknya dalam karier politik mereka atau menjadi Perdana Menteri.

Sebelum itu, Mukhriz menyatakan bapanya Dr Mahathir bersetuju dengan keputusannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Menjawab soalan Jahaberdeen sama ada beliau membincang perkara itu dengan Najib, Mukhriz berkata, “Beliau tidak menggalakkan saya kerana beliau berasa saya lebih baik bertanding jawatan dalam majlis tertinggi UMNO.

“Keputusan saya bertanding jawatan naib presiden pada 2013 adalah kerana saya mahu membuktikan kepada rakyat dan ahli UMNO bahawa demokrasi masih hidup dan berkembang,” katanya.

Dalam samannya, Mukhriz mendakwa beliau memberi peringatan melalui satu kenyataan media pada 21 April meminta Tengku Sarifuddin menarik balik kenyataannya atau menghadapi tindakan undang-undang.

Beliau mendakwa kenyataan Tengku Sarifuddin memberi makna beliau terbabit secara terus dengan Muhyiddin dan bapanya Dr Mahathir dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Perbicaraan bersambung pada 21 September dengan Tengku Sarifuddin yang juga defenden dijangka memberikan keterangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana