Doktor “On Call” Zaman Mahathir Dibayar RM18.50 sehari!!

Doktor2 kena buat oncall. Oncall ni bermaksud kerja selepas waktu pejabat hingga keesokan harinya. Bermaksud kerja berterusan lebih dari 24 jam.

Zaman Tun dulukan…kadar bayaran utk oncall ni cuma RM 18.50 SEHARI! Lepas tu naik lah sikit jadi RM 25 SEHARI. Korang bayang, kerja berterusan selama 24 jam macam nak mati, tapi dibayar RM 25 je. Kerja overtime kat McDonald (milik Vincent) zaman tu pun dibayar kadar gaji lebih tinggi. 😝

Bila doktor2 bising, Tun bertegas kata, “Live with it.” Pemimpin macam ni yang kita mahu! Bertegas dengan prinsip! Ajar rakyat supaya bersyukur dengan rezeki yg sedikit.

Kemudian Pak Lah naik dan kadar oncall ni naik jadi RM 100. Terasalah ada maruah sikit. Sebelum tu segan dgn pelacur murahan Chow Kit. Depa sejam pun lagi tinggi kadar bayaran dari kami kerja 24 jam. 🤣

Kemudian datang pula DS Najib. Terus naikkan gaji penjawat awam berkali2. Siap introduce kenaikkan pangkat dan gaji doktor secara time base.

Time Tun dulu, kerja 10 tahun pun gred gaji masih U41. Sekarang, doktor start kerja gred 41. Lepas 2 tahun automatik naik jadi gred 44! Lepas 5 tahun naik gred 48! Siap bagi gred khas 56 untuk doktor pakar beb! Tak pernah dibuat orang!

Jahat DS Najib ni. Sebab tu doktor2 zaman sekarang benci Najib. Depa hidup bahagia zaman Tun dgn bawak Proton Saga. Sekarang depa terpaksa beli BMW, Mercz, Honda, Toyota dan jenama murah yang lain. So sad…

Abdul Rahman Abdul Kadir

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana