‘DIKTATOR’ MAHATHIR DITOLAK PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG

APA yang dapat disimpulkan daripada forum ‘Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah’ anjuran Kelab Bangsar Utama beberapa hari lalu adalah rata-rata penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menerima kewujudan Tun Dr Mahathir Mohamad. Majoriti peserta yang hadir pada forum tersebut melahirkan kekecewaan dan tidak bersetuju dengan tindakan PH yang diketuai DAP melantik Mahathir sebagai pengerusi pakatan tersebut.

Empat panel jemputan iaitu aktivis pembangkang, Hishamudin Md. Rais; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Dr. Michael Jayakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Haris Ibrahim daripada Asal Bukan UMNO (ABU) dilihat gagal menjawab soalan mengapa pembangkang perlu bergantung pada bekas Perdana Menteri itu untuk melakukan revolusi dan perubahan.

Seorang peserta yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad dan telah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum mempersoalkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak.

Selain itu beliau turut mempersoalkan mengapa perlunya Mahathir yang disifatkan sebagai diktator perlu diangkat untuk memimpin pakatan pembangkang. Menurutnya lagi, generasi-y di negara ini sudah muak dengan Mahathir dan menolak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mentah-mentah.

“Nama saya Ahmad, saya adalah bekas penyokong tegar pakatan rakyat. Soalan saya, siapa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan?

“Perdana Menteri dalam pakatan ini kita tak tahu siapa. Kita tak boleh ada interim (Perdana Menteri sementara), kita tak boleh ada Wan Azizah sekejap sementara tunggu Anwar Ibrahim keluar jail..ini semua bullshit tuan-tuan..kita nak benda konkrit.

“Secara jujurnya pakatan perlulah jawab benda ini. Mahathir Mohamad adalah diktator daripada dulu sampai sekarang. Adakah Pakatan Harapan memerlukan satu diktator untuk ‘put everyone together’? Adakah kita gunakan model Barisan Nasional (BN) dahulu di mana ada satu ‘big brother’ yang control semua orang?

“Pendapat kami, kita taknak Mahathir dan ini adalah suara gen y..suara kami kami tak mahu Mahathir,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana