DIFAHAMKAN, LGE SEDANG BEBERAPA LAGI ISU BESAR YANG AKAN MENYUSUL TIDAK LAMA LAGI

GEORGETOWN 25 Julai: Parti GERAKAN memfailkan saman terhadap Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti itu berhubung penjualan tanah di Sri Tanjung Pinang I (STP I), tahun lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Guan Eng dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti itu mengenai penjualan tanah STP I yang kemudian diterbitkan di beberapa media dan buletin DAP.

GERAKAN menerusi peguamnya, Datuk Baljit Singh ketika ditemui, berkata kenyataan fitnah dikeluarkan Guan Eng selaku defendan itu kerap diulang, selain diterbitkan media sehingga menyebabkan reputasi plaintif terjejas.

Plaintif antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah ke atas semua ganti rugi terbabit, membuat atau menerbitkan permohonan maaf di semua media, kos tindakan dan apa-apa relif tambahan bersesuaian.
- Dari Berita Harian online 25 Julai

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana