DEMOKRASI TAK MENIPU, DAP KUASAI PEMBANGKANG – PM

Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang kini terdesak apabila ingin rakyat mempercayai calon Perdana Menteri gabungan itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, realitinya sistem demokrasi tidak pernah menipu dan DAP kekal dominan dalam gabungan parti pembangkang itu.

“Dr Mahathir Mohamad ‘nonagenarian’ (berumur lebih 90 tahun), bukan Ahli Parlimen dan mempunyai hanya satu kerusi Parlimen menerusi partinya (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Pemimpin DAP (Lim Kit Siang) sejak setengah abad lalu, sekarang bersembunyi di belakang individu (Dr Mahathir) yang memenjarakan beliau.

“(Kit Siang) cuba untuk menipu orang Melayu dengan mengatakan bekas pemimpin (Dr Mahathir) adalah calon interim Perdana Menteri mewakili gabungan pembangkang, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan tahunan Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham A Aziz.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam dan luar negara manakala pembangkang gagal berbuat demikian.

Katanya, ketika ini gabungan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara.

Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang tidak dapat mencapai kata sepakat berhubung kewujudan pakatan lama di Selangor.

“Ya wujud’ kata seorang, ‘Oh tidak wujud’ kata seorang lagi. (situasi berkenaan) macam program ‘Punch and Judy’ ( persembahan boneka) .

“Struktur pimpinan baharu gabungan pembangkang mengarut, ia dilihat seperti program kerja bagi pesara politik.

“Ia juga sinis dan pembohongan, dengan tiga pemimpin pakatan pembangkang tidak dimaklumkan siapa dalam kalangan mereka yang mempunyai kuasa eksekutif.

“DAP kekal ‘halimunan’ (tidak memegang jawatan utama dalam pakatan pembangkang) walaupun mengawal pakatan berkenaan di belakang tabir, dengan memegang majoriti kerusi Parlimen, ” katanya. – BHOnline
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment