DAP terus 'main wayang' isu pemilihan semula CEC

Tak habis-habis lagi pemimpin DAP nak 'main wayang' isu arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk parti itu mengadakan pemilihan semula.

Jawatankuasa eksekutif DAP malam ini terus berdolak dalih mengenai arahan tersebut dengan menuduh RoS memberi alasan tidak berasas dalam mengeluarkan arahan itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP mempunyai pilihan sama ada mengadakan pemilihan semula dengan bantahan (under protest) atau mengambil tindakan undang undang terhadap RoS.

Guan Eng berkata DAP masih menaruh harapan untuk bertemu dengan RoS bagi menyelesaikan kemelut itu.

Beliau mendakwa kenyataan RoS bahawa terdapat perwakilan yang dinafikan hak untuk mengundi pada pemilihan semula 2013 adalah tidak benar.

"Jumlah perwakilan yang layak mengundi untuk pemilihan semula CEC 2013 adalah sama seperti pemilihan sewaktu 2012.

"Ia disahkan oleh badan audit bebas yang melaksanakannya dan menjadi pemerhati sewaktu pemilihan semula 2013," katanya dalam sidang media malam di ibu pejabat parti, selepas bermesyurat hampir tiga jam bagi membincangkan arahan RoS itu.

Tambah Guan Eng, kenyataan RoS bahawa terdapat percanggahan antara jumlah perwakilan ekoran perbezaan bilangan cawangan juga, tidak benar sama sekali.

"Terdapat 751 cawangan yang layak pada 2012. Seramai 2,576 perwakilan yang sama daripada 751 cawangan yang sama dimaklumkan untuk pemilihan semula 2013.

"Sememangnya terdapat 985 cawangan DAP pada 2013, namun hanya 751 cawangan dengan 2,576 perwakilan layak mengundi pada 2013.

"Tidak pernah ada 865 cawangan yang layak pada 2012. Pertama kali angka itu dibangkitkan adalah dakwaan daripada 'Laporan Ekuiti: Penipuan Pemilihan CEC' oleh Father Augustus Chen yang direka," katanya.

Ujarnya, Lim Kit Siang memenangi saman fitnah terhadap Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan “Father Augustus Chen” dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah ganti rugi RM250,000 dibayar kepada penasihat DAP itu pada 10 Disember 2014.

Guan Eng juga bertegas, DAP tidak takut untuk mengadakan pemilihan semula kerana penggal CEC yang dipilih pada 2013 akan tamat dan mereka dalam proses mengadakan kongres untuk pemilihan CEC.

Namun kata beliau adalah lebih baik pemilihan diadakan berasaskan senarai keahlian terbaru.

"Adalah tak masuk akal RoS mahu DAP adakan pemilihan semula berdasarkan senarai perwakilan 2012 berbanding senarai terkini 2017," katanya.

"Ada beberapa pilihan untuk DAP, termasuk mengadakan pemilihan semula dalam protes, selain mengambil tindakan undang-undang terhadap RoS.

"Dalam masa yang sama, kami berusaha untuk berjumpa RoS bagi tindakan susulan. Walaubagaimanapun usaha kami untuk bertemu RoS setakat ini tak berhasil.

"Kami harap demi keadilan, RoS boleh bertindak secara bertanggungjawab dan profesional untuk bertemu kami,"katanya.

Pada 7 Julai lalu, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang.

Beliau berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mohamad Razin berkata pemilihan semula CEC yang baru adalah perlu bagi memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS.

Keengganan DAP mengikut arahan RoS berkemungkinan menyaksikan parti itu dilarang bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Bagaimanapun RoS tidak meletakkan sebarang jangka waktu untuk pemilihan itu diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana