DAP salahkan kerajaan demi tutup kesalahan sendiri, raih simpati - Tunku Aziz

SHAH ALAM: Memang sudah menjadi tabiat DAP yang sering meletakkan kesalahan di bahu pihak lain sekalipun ia berpunca daripada kesalahan  sendiri, kata bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP yang menyelar keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung arahan supaya mereka mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru.  

"Janganlah tuduh orang lain kerana kesalahan ini kesalahan mereka sendiri, kesalahan Lim Kit Siang, Setiausaha Agung yang juga anaknya. Ini menjadi adat mereka iaitu jangan bertanggungjawab. Apabila dapat arahan RoS, mereka bangkang," katanya kepada Antarapos.

Dalam pada itu Tunku Aziz berkata, ahli-ahli DAP sendiri yang membuat laporan kepada RoS  kerana mereka merasakan pemilihan sebelum ini tidak telus dan dimanipulasi demi menaikkan kroni penasihat parti itu, Lim Kit Siang.

Justeru dakwa Tunku Aziz, Kit Siang tiada pilihan lain kecuali menyalahkan RoS dan kerajaan selepas taktiknya itu 'tidak menjadi'.

Malah katanya, tindakan DAP menuding jari kepada kerajaan bertujuan menutup kesalahan sendiri, selain meraih simpati daripada pengundi kononnya mereka 'dianiaya'.

"Mereka (RoS) nak betulkan prosedur sahaja. Tapi mereka (DAP) ini membohong untuk raih simpati. Jadi mereka dakwa tindakan diambil sebab nak dekat pilihan raya, tapi ini tiada kena mengena dengan pilihan raya ke-14.

"Tiada kena mengena dengan politik. Kerajaan bukan nak hapuskan DAP, tidak. Ini berkenaan dengan tanggungjawab kepimpinan, maknanya kalau kepimpinan buat prosedur tak betul, orang yang dilantik dalam pemilihan CEC, maka tidak sah. Maknanya orang yang dipilih itu tidak sah juga," katanya lagi.

Tambah Tunku Aziz, berbanding menyalahkan pihak lain, DAP disarankan mengambil peluang ini untuk membetulkan kesilapan mereka demi memberi imej yang baik kepada ahli parti sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana