DAP Rampas Semua Jawatan Penting Pakatan Harapan Pulau Pinang

PULAU PINANG – DAP terus menunjukkan sikap dominan dalam Pakatan Harapan apabila wakilnya membolot enam daripada sembilan jawatan yang diperkenalkan dalam Struktur Organisasi Pakatan Harapan negeri yang diumumkan hari ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng seperti dijangka mengisi jawatan Pengerusi Pakatan Harapan negeri manakala Chow Kon Yeow dipilih menjadi Timbalan Pengerusi bersama wakil PKR, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) dan PAN.

Jawatan Setiausaha turut disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam dari DAP, Wong Hon Wai manakala Jagdeep Singh Deo sebagai Bendahari.

DAP turut menguasai jawatan Pengerusi Jawatankuasa Manifesto yang diserahkan kepada Kon Yeow.

Ketua Wanita DAP negeri, Lim Siew Khim pula dilantik sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan negeri – Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana