DAP Kan Macam Mana Dapat Kuasa Negara!!!!!! LGE catat sejarah, pegang jawatan, walau dituduh rasuah

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng disifatkan mencatat sejarah dengan menjadi satu-satunya pemimpin politik di negara ini yang enggan meletak jawatan walaupun berhadapan dua tuduhan rasuah sejak setahun lalu.

Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric See-To berkata tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyebabkan rakyat terpaksa merengkok di bawah pentadbirannya tanpa persoalan.

“Tidak adil bagi rakyat Pulau Pinang bila ketua menteri mereka terus mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dan satu-satunya pemimpin negara yang mengekalkan jawatan meskipun menghadapi banyak tuduhan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng dituduh mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menyalahgunakan kuasa beliau berhubung pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada perumahan.

Selain itu, beliau juga berhadapan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli banglo di bawah nilai pasaran.

Ahli Parlimen Bagan itu bagaimanapun mendakwa tuduhan rasuah berkenaan bermotifkan politik serta tidak mengaku bersalah.

Namun perbicaraan berkenaan ditangguhkan selepas Ahli Parlimen Bagan itu melalui peguamnya mencabar Seksyen 62 Akta SPRM.

Mengulas berkenaan perkata itu, See-To berkata Guan Eng perlu meneruskan perbicaraan kesnya, jika berpendapat bahawa beliau tidak bersalah.

“Beliau perlu menjawab di mahkamah serta bukannya terus mencabar Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan, yang hanya menangguhkan kes mahkamahnya.

“Ianya adalah taktik berlengah yang merosakkan peluangnya untuk membuktikan beliau tidak bersalah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana