DAP JANGAN CAKAP BANYAKLAH, SELESAIKAN DULU ISU PEMILIHAN CEC & SKANDAL RASUAH

Dua isu ini sekarang adalah liabiliti terbesar DAP. Dua dosa besar DAP pada rakyat. Dosa rasuah ditanggung seumpama batu besar di atas kepala Guan Eng. Dosa pemilihan CEC ditanggung di atas kepala Kit Siang.

Selagi dua perkara ini gagal diselesaikan, DAP tidak usah cakap banyaklah. Dua dosa besar ini, puncanya adalah DAP sendiri. Jangan putar belit dan tuding jari pada orang lain lagi. Umpama telunjuk lurus, kelingking berkait.

Jika tidak merasuah, maka lawanlah secara undang undang di mahkamah. Jika betul, kepimpinan DAP yang diketuai Kit Siang diterima ahli DAP, maka adakanlah pemilihan dalam DAP. Apa yang hendak ditakutkan?

Kalau Kit Siang dan Guan Eng seorang Kristian yang baik, tentu sekali mereka berdua tahu, dua ayat yang disebut dalam Alkitab Amsal ini tentang sifat penipu dan berbohong.

“Roti hasil tipuan sedap rasanya, tetapi kemudian mulutnya penuh dengan kerikil (Amsal 20:17)”.

Tipu daya ada di dalam hati orang yang merencanakan kejahatan (Amsal 12:20)”.

Teresa Kok boleh bantu mereka berdua memahaminya. Lukis logo baru Pakatan Harapan mahu ada unsur agama tetapi bila mentadbir dan berkelakuan tidak mahu pula Kit Siang dan Guan Eng mengikut ajaran agama.

Pandai sangat Kit Siang petik ayat Al Quran mahu salahkan orang lain tetapi dosa diri sendiri dan anak sendiri tidak pula dihiraukan. Taktik “Istana Kosong” Zhu Ge Liang yang sedang dipraktik Kit Siang dan Guan Eng ini akan memakan diri.

Memang rakyat Pulau Pinang sudah percaya kes rasuah Guan Eng adalah benar benar berlaku dan kes pemilihan CEC DAP adalah benar benar pembohongan yang dilakukan oleh Kit Siang dan Guan Eng.

Dalam semua agama, perbuatan menipu dan berbohong adalah dilarang. Lebih lebih lagi dalam masyarakat Cina, yang meletakkan “trust” sebagai nilai moral tertinggi. Jika ada yang menipu dan berbohong, perbuatan itu dianggap hina dikalangan masyarakat.

Meskipun telah diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, sehingga kini parti itu masih belum membuat keputusan.

Guan Eng menyifatkan arahan ROS itu sebagai mengarut memandangkan tempoh jawatan untuk anggota CEC 2013 akan tamat. Apa yang mengarutnya? Guan Eng yang sedang mengarut sekarang ini.

Gobind Singh Deo pula menyatakan pihaknya tidak menerima pemberitahuan itu secara rasmi mengenai pemilihan semula itu.

Akhirnya pada 17 Julai lalu, bila surat makluman rasmi daripada ROS telah sampai ke meja, terus DAP diam. Tiada tanda-tanda pemilihan akan diadakan. Macam-macam alasan diberikan.

Gobind tidak rasa bersalahkah kepada perjuangan ayahnya dulu dengan bersubahat menipu bersama Kit Siang dan Guan Eng?

Persoalannya, kenapa DAP perlu takut untuk mengadakan pemilihan semula?. Kenapa DAP memberi alasan arahan yang dikeluarkan oleh ROS adalah berdasarkan berita palsu’ sedangkan aduan mengenai manipulasi pemilihan CEC dibuat sejak 2012 lagi, oleh ahli-ahlinya.

Jika ahli sendiri membuat aduan, sudah pasti aduan berkenaan mempunyai asasnya.

Walaupun surat telah dikeluarkan ROS, tapi nampaknya DAP masih berdegil. Jika mereka tidak terlibat dengan sebarang penipuan seperti yang didakwa itu, maka DAP tidak perlu gundah gulana untuk membuat pemilihan semula.

Namun DAP memilih untuk ingkar dengan kata dua ROS itu. Kenapa ingkar? Mahu mengambil simpati dan menangis bila parti DAP diharamkan? Kemudian menyalahkan kerajaan sebagai salah kerana haramkan DAP. Mungkin ini sebenarnya yang DAP mahu.

Bukan sahaja isu CEC, malah kerajaan DAP Pulau Pinang juga enggan menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Alasan yang diberikan oleh Guan Eng,  DAP Pulau Pinang hanya akan berbuat demikian jika 10 cadangan mengenai rasuah turut dimasukkan.

Apa kaitannya cadangan tersebut dengan IBR? Ini kerana IBR menunjukkan komitmen negeri itu memerangi serta membanteras gejala rasuah. Negeri lain semua “sign”, Guan Eng sahaja yang cakap banyak.

Dalam hal ini, masyarakat boleh menilai sendiri tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu, sama ada mereka begitu komited memerangi rasuah atau tidak.

Tidak guna berdegar-degar bercakap mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa tetapi mereka sendiri enggan menyatakan ikrar bagi membanteras gejala rasuah.

Malahan slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dibanggakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya retorik politik Guan Eng semata-mata. CAT kini telah berkubur.

Guan Eng sendiri kini sedang menghadapi dua tuduhan rasuah. Salah satunya, melibatkan pembelian lot tanah dan banglo miliknya di bawah nilai pasaran. Selesaikan dulu kes rasuah di mahkamah ini cepat cepat kalau Guan Eng yakin dia tidak bersalah.

DAP jangan pandai memetik ayat Al Quran dan menuduh bukan bukan pada pihak lain. Pemimpin DAP sendiri juga tidak patuh pada ajaran agama mereka. Mana ada agama yang benarkan penipuan pemilihan CEC dan rasuah banglo?

Salah satu prinsip yang menjadi teras idola Guan Eng iaitu Dr Sun Yat Sen adalah demokrasi. Jika ikut amalan demokrasi, DAP tidak boleh tangguhkan lagi pemilihan partinya sendiri. Parti yang kuku besi tidak diajar dalam falsafah politik Dr Sun Yat Sen.

Jadi kepimpinan jenis apa yang sedang dilakukan oleh dua beranak ini? Dari segi agama pun ditegah dan dari fahaman falsafah politik pun tiada. Ini cara Kit Siang Sdn Bhd. Kuku besi didahulukan, rasuah anak disembunyikan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment