DAP habis modal... berbohong untuk tarik sokongan Melayu

Sudah banyak kali DAP buat 'dosa kering' fitnah orang hanya untuk menarik sokongan terhadap parti bertunjangkan kaum Cina itu.

Tapi nasib DAP selalu baik sebab tak ramai yang berminat nak guna proses perundangan untuk membela diri.

Cuma kali ini, DAP 'bertemu buku dengan ruas' selepas melemparkan fitnah terhadap anak MB Johor Datuk Seri Khaled Nordin.

Khaled yang diminta mengulas isu tersebut berkata DAP ketandusan isu apabila mengaitkan anaknya, Akmal Saufi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Khaled berkata, tindakan oleh portal rasmi parti DAP itu hanya untuk mengelirukan masyarakat dengan fakta tidak benar atau pendustaan.

"Apa-apa pun, nak cakap apa pun mesti berasaskan fakta, mesti bertanggungjawab.

Nampak sangat DAP ketandusan isu dan modal, tetapi cuba untuk mempengaruhi pandangan masyarakat dengan mengelirukan, memutar belitkan fakta atau mengatakan yang tidak benar," katanya.

Semalam, Roketkini.com diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik balik laporan di portal rasmi parti DAP itu yang mengaitkan Akmal Saufi dengan PPBM.

Peguam Rashid Zulkifli yang mewakili Akmal Saufi, berkata surat itu sudah dihantar kepada ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam, menerusi faksimili dan pos berdaftar.

Dalam kenyataannya, Akmal Saufi menegaskan dakwaan dan kenyataan yang disiarkan portal itu tidak benar dan disiarkan dengan niat untuk memfitnah.

Ditanya apakah beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mohamed Khaled berkata ia terpulang kepada Akmal Saufi.

Katanya, beliau percaya apa yang berlaku itu adalah satu proses pembelajaran untuk anaknya yang juga seorang peguam.

"Saya tidak mencampuri dalam urusan beliau (Akmal Saufi) kerana beliau sudah mempunyai keluarga dan kami juga tidak membincangkan hal berkaitan politik di rumah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana