DAP Berkeras Tidak Akan Patuh RoS

DAP bertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baharu kerana parti itu telah pun berbuat demikian pada 29 September 2013.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Agungnya yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selepas menerima surat rasmi daripada jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung arahan mengenai pemilihan semula CEC itu.

“DAP bertegas bahawa pemilihan semula CEC telah pun diadakan sebagaimana yang pernah diarahkan ROS menerusi surat daripada jabatan itu bertarikh 30 Julai 2013.

“Oleh itu, tidak timbul soal pemilihan semula CEC yang baharu. Bagaimanapun, kami bersedia bertemu dengan ROS untuk berbincang lebih lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu selepas mengadakan mesyuarat tergembar berhubung arahan ROS itu, di sini hari ini.

Semalam, ROS mengeluarkan arahan sedemikian kerana jabatan itu berpendirian bahawa DAP perlu mengadakan pemilihan CEC yang baharu secara telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama parti mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana