DAP BANGGA MAHATHIR KINI BERSAMA MEREKA...SETAKAT INI PUJI LAH...KALAH PRU NANTI KENA CEMUH LAH MADEY

DAP meluahkan rasa bangga kerana gabungan parti pembangkang kini membariskan tokoh-tokoh politik berpengalaman seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata partinya sebelum ini hanya mampu berbangga memiliki Kit Siang sahaja, namun kini keadaan itu berubah apabila pemimpin-pemimpin berkenaan bergabung bersama.

“Dulu, kita hanya ada pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang sahaja.

“Tetapi hari ini, kita sudah ada ketua-ketua pemimpin politik yang berpengalaman seperti Datuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Tun Mahathir untuk sama-sama menubuhkan Pakatan Harapan,” katanya memetik laporan Oriental Daily.

Lim Kit Siang sebelum ini merupakan satu-satunya tokoh veteran yang menjadi rujukan DAP setelah pengerusinya, mendiang Karpal Singh meninggal dunia.

DAP kemudian bergabung dengan PKR di dalam Pakatan Rakyat, namun kemudian “menendang” PAS keluar dari pakatan tersebut selepas mendakwa gabungan antara tiga parti itu sudah berkubur.

Ekoran itu pepecahan di dalam PAS, maka tertubuhlah Parti Amanah Negara (PAN) pimpinan Mohamad Sabu yang kemudian bersekutu di dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR.

Setelah itu, Mahathir yang turun padang membantu PAN pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang kemudian membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), telah diterima masuk menyertai Pakatan Harapan sebagai parti bongsu di dalam gabungan itu.

Meskipun Pakatan mengumumkan Mahathir, Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah sebagai tiga pemimpin utama gabungan pakatan mereka, namun kelibat Kit Siang yang tidak dilantik dalam kepimpinan utama mereka telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Desas-desus mengatakan bahawa strategi tersebut sengaja direncana sedemikian bagi mengabui mata pengundi Melayu walaupun disedari bahawa Kit Siang merupakan “De Facto” yang sebenar di dalam Pakatan Harapan. – Kedahnews.com
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment