‘Catt Ginger’ yang hina YDP Agong di facebook diberkas polis …Inilah Dikatakan BODOH Tak Bertempat

Ini memang perbuatan yang kurang ajar sangat.Ramai yang marah melihat penghinaan keatas Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V dalam laman facebook ‘Catt Ginger’ yang sunting hidung baginda menyerupai khinzir.

Posting berkenaan dibuat pada 25 Jun yakni Hari Raya pertama.

Rata-rata netizen termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan desak polis segera bertindak keatas orang itu.

Pagi Rabu,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitter beliau memberitahu ‘ Catt Ginger’ telah diberkas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Pada Selasa Pergerakan Pemuda UMNO Perak tampil mmbuat laporan polis berhubung posting yang dibuat di facebook yang menghina agama Islam dan Yang DiPertuan Agong.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Ipoh Barat menyifatkan tindakan pemegang akaun facebook itu yang bernama `Catt Ginger’ sebagai amat serius kerana berniat melakukan provokasi agama dan  menimbulkan ketegangan dan keresahan di kalangan umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana