CALON PM - ANWAR MAHU AZMIN ALI JADI PM, LIM KIT SIANG TAK MAHU MAHATHIR BERKUASA DALAM PH

Beginilah jadinya jika sesuatu kumpulan atau pakatan yang tidak ada kesepakatan serta persefahaman yang tinggi. Masing-masing mempunyai kepentingan peribadi dan agenda tersendiri.

Untuk menentukan kedudukan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan barisan kabinet bayangan PH, beberapa sesi pertemuan antara 4 parti utama dalam PH iaitu PKR, DAP, PAN dan Bersatu telah diadakan di beberapa tempat yang tidak dimaklumkan.

Namun. mereka tidak mencapai kata sepakat dan sering bertikam lidah kerana mahu memenangkan calon masing-masing untuk terus berkuasa dalam setiap jawatan yang cuba ditawarkan.

Perkara ini lebih menjadi rumit apabila Anwar Ibrahim telah melepaskan cita-cita dan angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri ke 7.

Namun, Anwar Ibrahim mahukan Azmin Ali sebagai calon tertinggi selain isterinya Wan Azizah yang sebelum ini dicanang untuk memegang jawatan PM Interim di dalam kongres PKR April lalu.

Lain pula di kem DAP, Lim Guan Eng dan konco-konconya sedang mencanang dan berkempen untuk menidakkan penguasaan Tun M dan PPBM di dalam kepimpinan Pakatan Harapan.

DAP lebih rela Tun M menjadi orang no 2 dibelakang Wan Azizah atau Anwar Ibrahim. Manakala kedudukan Azmin Ali dikatakan layak untuk menjadi Naib Presiden sahaja sebaris dengan Lim Guan Eng, Mohd Sabu dan Muhyiddin Yassin.

Nampaknya DAP mahu juga Anwar jadi PM pada masa akan datang. Ini kerana banyak perjanjian antara DAP dan Anwar Ibrahim masih belum terlaksana kerana kerakusan Anwar Ibrahim sendiri yang meliwat Saiful Bukhari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana