BUAT MUKA ’10 SEN’ MAMPU CUCI DOSA FITNAH?

Melihat pada riak wajah ’10 sen’ Rafizi Ramli, penulis benar-benar tersentuh. Benar-benar kasihan. Bernada sedih, menyulam keluhan terpaksa membayar sebanyak RM300,000 kepada pihak lain bukan satu perkara yang mudah. Retorik rayuan politiknya cukup hebat…

Namun emosi penulis tersedar mengenai punca Rafizi dikehendaki membayar jumlah wang yang banyak itu. Rupanya mahkamah yang perintah dan putuskan begitu. Dia kalah dalam kes memfitnah NFC. Maksudnya, dia disahkan bersalah mengeluarkan kenyataan fitnah.

Bila bercakap soal fitnah. Terus penulis teringat pada bagaimana Rafizi membentak di atas pentas politik. Lantangnya dia mengeluarkan kata-kata, memekik terlolong cuba menghasut rakyat supaya membenci kerajaan BN.

Teringat pula soal hukum-hakam agama. Bagaimana fitnah dikategorikan sebagai dosa yang lebih besar dari dosa membunuh. Bukan penulis yang tetapkan, tapi Allah yang tetapkan begitu. Terbayang hukuman terhadap pembunuh, apalah sangat RM300,000 itu berbanding nyawa, bukan?

Pada pandangan penulis, Rafizi tidak wajar langsung untuk menjual muka ’10 sen’nya di laman sosial, merayu kepada orang ramai untuk menghulurkan derma atas satu perkara dosa yang dia sendiri lakukan dalam keadaan sedar dan waras.

Penulis yakin, ketika dia ghairah melakukan dosa fitnah itu, dia langsung tidak terfikir soal dari mana dia hendak dapatkan wang sebanyak RM300,000 untuk membayar saman. Mungkin apa yang dia fikirkan ketika itu ialah menjatuhkan reputasi musuh politiknya.

Penulis juga yakin bahawa sebenarnya PKR mempunyai dana yang banyak. Desas-desus mengatakan PKR menerima dana dari dalam dan luar negara. Sekiranya benar, mungkin PKR boleh membantu Rafizi tanpa mengharapkan derma dari orang ramai.

Pada hemat penulis, adalah tidak wajar bagi Rafizi untuk menyelesaikan masalah yang dia hadapi dengan menyusahkan orang ramai. Bukankah penyokongnya sering mengeluh tentang kos sara hidup? Harga petrol baru saja naik 6 sen. Jika diderma wang mereka, apakah Rafizi sanggup melihat mereka kebuluran tak makan?

Ada satu cadangan yang penulis mahu utarakan pada Rafizi bagi menyelesaikan masalahnya itu tanpa melibatkan kos sebanyak itu. Benarlah dia merayu, tapi dia masih memerlukan wang untuk membayar sementara menunggu rayuannya diputuskan, bukan?

Jadi dalam tempoh yang ada, pergilah jumpa dengan pihak yang mengambil tindakan saman terhadapnya. Mintalah maaf seikhlas-ikhlasnya dan ikutlah apa jua syarat dan kemahuan yang dikehendaki pihak tersebut.

Jika perlu melutut, melututlah. Jika perlu bertenggek depan rumah mereka 7 hari 8 malam, buat sajalah. Jika perlu ‘pencen’ berpolitik, ‘pencen’ sajalah. Jika mereka suruh ketuk ketampi atau pumping 1,000 kali tanpa henti, buatlah.

Buatlah apa saja asalkan tidak perlu membayar RM300,000 itu. Bukan apa, bila didapati bersalah, maka jelaslah Rafizi bersalah. Bila bersalah, mohon maaf adalah ‘ubat paling mujarab’ untuk menyelesaikannya. Maka terimalah ’cause and effect’nya, bukan?

Jadi, tidak payahlah buat muka ’10 sen’ dan susah payah beretorik di depan kamera. Buang duit dan buang masa saja buat begitu. Lainlah jika memang tiada rasa kesal di hati Rafizi atas fitnah yang dia lakukan. Lainlah jika dia takut muflis dan tan boleh bertanding PRU nanti.

Jika begitu, bayar sendiri dan cari dana sendiri dari kalangan puak PKR. Ramai saja pemimpin PKR yang kaya raya. Jika terdesak sangat, minta tolong pada ‘bekas Perdana Menteri’ itu. Khabarnya, anak-anak dia semuanya jutawan-jutawan belaka. Mintalah duit dari mereka…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana