BN BELA NASIB RAKYAT PULAU PINANG DIGELAR PENYIBUK, MAKSUDNYA?

PAKATAN Harapan telah banyak kali membuktikan bahawa mereka tidak pernah peduli akan nasib rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam namun kita tidak pernah menyangka bahawa mereka akan mengelarkan mana-mana parti yang mahu membela rakyat yang ditindas sebagai penyibuk.

Adakah mereka mengelarkan parti Gerakan sebagai penyibuk memandangkan parti komponen Barisan Nasional itu cuba memyelamatkan orang bukan Cina yang sedang ditindas dan dibuli oleh DAP? Adakah tindakan jahat dan kejam DAP langsung tidak boleh ditegur atau ditentang?

Mungkin mereka lupa bahawa Malaysia bukan sebuah negara komunis dimana pemerintahan mereka langsung tidak boleh dipersoalkan. Malaysia juga bukan sebuah negara Republik dimana orang kaya boleh menindas orang miskin sesuka hati mereka.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Baru-baru ini Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Law Choo Kiang berkata, Gerakan bertindak seperti “penyibuk” tatkala mereka seharusnya memikirkan mengenai parti sendiri. Bagi beliau nasib rakyat seolah-olah langsung tidak penting.

Beliau  mahu semua pihak menumpukan kepada pembohongan yang direka mengenai 1MDB sedangkan semua badan yang berkaitan seperti audit, PAC, SPRM dan lain-lain lagi telah mengesahkan tidak ada sebarang salah laku dalam syarikat tersebut.

Malah 1MDB sendiri menafikan yang wang RM42 bilion hilang sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang diketuai DAP.  Undang-undang mana yang mereka gunakan untuk membuat dakwaan sedangkan “tuan punya badan” menafikan duit tersebut hilang.

Rakyat juga amat maklum bahawa pengumuman Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini berdasarkan kepada aduan palsu yang dibuat oleh beberapa pihak dengan bermotifkan politik mahu mengulingkan kerajaan Malaysia bagi memastikan kepentingan peribadi serta politik mereka tercapai.

Kesimpulannya Pakatan Harapan ini merupakan pihak yang mencipta masalah yang tidak ada semata-mata mahu mengulingkan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat. Masalahnya Pakatan Harapan yang enggan menjaga rakyat yang mengundi mereka turut tidak mahu parti-parti komponen BN membela rakyat yang ditindas oleh Pakatan. Wajah sebenar pakatan kini tidak mampu lagi disembunyikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana