Bila Mahu Bayar Saman Mazlan Aliman?KEpala Hotaknya Nak kelirukan Minda Rakyat Saja

Di mana sekalipun berada, nilai dan sifat negatif memang tidak dapat lari dari kehidupan manusia. Buatlah sebaik mana sekalipun pasti akan ada mereka-mereka yang akan melemparkan pelbagai perkara negatif hanya semata-mata untuk mempengaruhi orang lain.

Inilah yang berlaku terhadap pembangkang di negara ini terutamanya mereka yang sejak kecil lagi hidup dengan penuh bantuan tetapi apabila sudah meningkat dewasa, mereka bertukar menjadi seorang pengkhianat dan melupakan jasa-jasa kerajaan.

Lihat sahaja bagaimana Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang mempertikaikan kenapa Felda mengeluarkan belanja yang cukup besar untuk menganjurkan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang sedang berlangsung di Dataran Putrajaya bermula semalam sehingga 23 Julai.

Mungkin Mazlan tidak memahami kenapa Felda sanggup membelanjakan wang yang agak besar untuk menjayakan karnival yang julung-julung kali diadakan ini. Tujuan asal Felda adalah untuk membawa produk-produk Felda keluar untuk dipasarkan kepada mereka yang bukan anak jati Felda. Disamping itu, penganjuran karnival ini bertujuan untuk menerangkan kepada orang ramai apa yang sedang diusahakan di dalam Felda.

Penganjuran karnival ini bukan semata-mata untuk bermegah, sebaliknya ia lebih bertujuan untuk membantu para usahawan Felda memasarkan hasil produk mereka jauh dari kampung halaman mereka. Bukankah ini satu usaha dan tujuan yang baik bagi membantu warga Felda memperolehi pendapat yang labih baik? Malah, penganjuran ini juga langusng tidak mengganggu wang warga Felda.

Justeru, agak menghairankan, kenapa Mazlan Aliman begitu iri hati dengan penganjuran ini? Paling ingin ditanyakan, adakah Mazlan Aliman sudah menyelesaikan wang saman yang dikenakan keatasnya setelah di saman oleh Felda?

Sebelum ini, pada 7 Januari 2013, Felda telah memfailkan saman fitnah terhadap Mazlan bersama-sama dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.

Dakwaan Felda bahawa kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November 2012 yang didakwa menjejaskan reputasi Felda bagi menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Hasilnya, mahkamah mendapati Felda mempunyai asas yang kukuh untuk memenangi kes ini dan Mazlan telah dikenakan denda sebanyak RM 500 ribu sebagai ganti rugi. Parti yang dinaunginya, Parti Amanah Negara telah mengadakan tabung khas untuk membantunya, namun sehingga kini saman berkenaan masih gagal di bayar oleh mana-mana pihak termasuk Mazlan sendiri.

Melihat akan perkara ini, ingin ditanyakan kepada Mazlan, adakah orang sepertinya layak untuk mempersoalkan hak Felda untuk membantu warganya? Bila lagi Mazlan mahu menyelesaikan samannya yang diberitakan telah menyebabkannya muflis? Renung diri terlebih dahulu sebelum mahu menghentam tempat yang telah membesarkannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana