BETUL KATA TPM - PEMBANGKANG TERUTAMANYA DAP SUDAH LAMA LAKUKAN PEMINDAHAN PENGUNDI?

DAP betindak balas terhadap kenyataan Zahid Hamidi, namun DAP tidak sedar dan tidak mengakui kesalahan serta perbuatan mereka selama ini. (hipokrit)

Kononnya..... mereka (DAP) berikrar untuk menawan Johor atau kawasan yang mereka sasarkan untuk menang tanpa menggunakan taktik kotor.

Namun sebenarnya, proses pemindahan pengundi telah lama dilakukan sejak beberapa siri PRU yang terdahulu hingga kini.

Taktik yang mereka gunakan adalah dengan mendaftarkan seberapa ramai pengundi (20 hingga 25 penama) di dalam satu alamat.

Selain itu, terdapat juga alamat yang didaftarkan ke atas pengundi tersebut

# tidak wujud lagi rumah (rumah telah dirobohkan)
# rumah tiada penghuni (rumah tinggal)
# merujuk kepada tiang elektrik yang wujud sahaja
# guna nama jalan atau lorong taman yang majoritinya Cina
# guna alamat palsu
# lain-lain cara yang dianggap logik

Jika tidak percaya, nantikanlah kemunculan pemuda dari kaum Cina atau individu yang tidak dikenali akan hadir ke tempat anda pada malam hari mengundi.

Mereka akan keluar mengundi di tempat anda secara sistematik samada bergilir-gilir atau keluar secara berkumpulan ke tempat mengundi.

Kemudian mereka akan lenyap dari penglihatan orang ramai untuk kembali ke tempat asal mereka selepas menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi di kawasan sasaran.
Mungkin mereka ini berbayar?

Kos penginapan, kos makan dan minum, duit minyak dan tol (namun tidak dapat mengesahkannya).

Inikah yang dimaksudkan "tanpa menggunakan taktik kotor" oleh ADUN Kluang tersebut?

Bagaimana dengan kawasan sasaran di negeri dan kawasan lain selain negeri Johor?

Mereka akan menggunakan taktik yang sama dan telah lama melakukan pemindahan pengundi di kawasan yang mereka ingin tawan dan ingin menangi.

Sebab itu pembangkang terutamanya DAP dan PKR akan gelabah puyuh sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mahu mengadakan persempadan semula di setiap negeri.

Pembangkang khuatir dan takut kawasan yang telah dilakukan pemindahan pengundi akan terpecah ataupun terkeluar dari kawasan DUN dan Parlimen yang telah mereka sasarkan untuk menang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana