Bekas Pemimpin PKR Mengaku Penduduk Balik Pulau Jadi Setinggan Dibawah Kerajaan DAP

Inilah parti yang pernah menakut-nakutkan rakyat negeri Pulau Pinang kononnya kemusnahan akan berlaku jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya segala ‘kemudahan yang disediakan DAP sejak tahun 2008’ akan lenyap. Hakikatnya apa yang dilakukan DAP selama ini terhadap Pulau Pinang hanyalah kemusnahan.

Buktinya, Guan Eng telah memusnahkan kawasan laut dengan melakukan projek penambakan di sekitar persisiran pantai Gurney Drive.

Bukan itu sahaja, Guan Eng turut melakukan renovasi ke atas Komtar dan merubah keadaan dan reka bentuk asalnya serta mengenakan caj yang sangat mahal terhadap rakyat jika mereka mahu menikmati pemandangan di atas puncak Komtar yang dahulunya hanya percuma sahaja.

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng turut mencabuli kawasan bukit-bukau dan alam sekitar yang hijau, kawasan tersebut bukan sahaja dirogol malah dibogelkan, ditarah serta dimusnahkan pokok-pokok dan habitat disitu secara haram.

Jadi, tidak menghairankanlah apabila bekas ahli parlimen PKR, Yusmadi Yusoff bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw bahawa kawasan hijau di Pulau Pinang kini semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang.

Malah katanya masyarakat tempatan Balik Pulau memerlukan satu rancangan pembaharuan tanah, dan bukannya kenyataan yang dibuat oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri.

“Apa yang berlaku hari ini adalah bahawa penduduk di Balik Pulau dituduh menjadi penduduk setinggan di tanah sendiri.

“Ini adalah orang yang sama ke sekolah atau masjid bersama saya, tetapi sekarang mereka menjadi penduduk setinggan,” kata Yusmadi.

Katanya, sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung-kampung tradisional terpelihara dengan baik selain kebun buah-buahan dan sawah padi.

Sehubungan itu, bekas wakil rakyat Balik Pulau, selama sepenggal iaitu antara tahun 2008 dan 2013 itu telah membentuk penubuhan sebuah pasukan petugas untuk membantu penduduk kampung yang terjejas dengan pengusiran itu.

Pada 18 Jun lalu, Seng Giaw menulis di halaman Facebooknya, melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang dan mengingatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya menjaga alam sekitar.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” kata Seng Giaw dalam catatan itu.

Dahulu semasa Pulau Pinang ditinggalkan BN kepada DAP, kawasan di sekitar negeri tersebut masih menghijau dan aman damai. Tapi sekarang semuanya cacamerba dan istilah “bukit botak” juga sudah menjadi terkenal sejak Guan Eng jadi Ketua Menteri dan DAP jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana