Beberapa Persoalan Kepada Pembangkang Melayu

SAYA tidak katakan kewujudan anda tidak perlu.

Adalah tidak logik di dalam sebuah negara demokrasi tidak diperlukan parti pembangkang. Sesebuah kerajaan akan cenderung bertindak apa sahaja sesuka hati mereka jika tiada parti pembangkang. Walaupun begitu, dengan adanya parti pembangkang, tidak semestinya keadaan akan menjadi lebih baik, malah ia mungkin memburukkan lagi keadaan.

Saya tidak bermaksud menyatakan rakyat tidak perlu membangkang walaupun saya menyatakan kewujudan golongan anda hari ini merosakkan lagi keadaan.

Anda, sebagai pembangkang, adalah perlu untuk mengimbangi kuasa kerajaan kerana semua orang tahu bahawa kuasa tanpa had akan memusnahkan negara.

Jadi, pembangkang yang bagaimana rakyat perlukan, dan apa pula jenis peranan pembangkang yang anda sedang lakukan?

Saya fikir, pembangkang yang ideal adalah pembangkang yang menjadikan matlamat perjuangan mereka adalah sebuah negara yang lebih baik. Untuk mencapai perkara ini, ia mestilah dengan kuasa. Tetapi, jika untuk mendapat kekuasaan ini ia boleh mengakibatkan keadaan yang lebih buruk, mereka mestilah sanggup menerima kekalahan. Ini adalah seperti kaedah fekah: mengelak kemudaratan adalah lebih diutamakan daripada mengambil manfaat.

Maksudnya, anda ingin membaiki negara, tetapi dalam masa yang sama, ia merosakkan lagi keadaan.

Ya, apa faedahnya anda menjatuhkan kerajaan yang anda dakwa zalim jika kaedah dan hasilnya boleh menimbulkan kemudaratan yang lain.

Kejahatan tidak boleh dihapuskan dengan kejahatan.

Dalam konteks Malaysia, bolehkah anda dikatakan pembangkang yang baik jika anda sanggup menggadaikan hak-hak orang Melayu  dan dimanipulasi oleh orang-orang bukan Islam hanya semata-mata kerana mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada yang kononnya zalim?

Politik adalah antara kaedah untuk memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanahair anda. Tetapi apa yang saya lihat hari ini adalah sebaliknya, iaitu bagaimana anda telah menggadaikan agama bangsa dan tanahair untuk mendapatkan kuasa politik.

Apa yang dimaksudkan dengan menggadai agama dan bangsa? Anda sendiri tahu apabila anda berkompromi dengan puak-puak yang konsisten menentang Islam dan mahu mengubah negara ini, anda tidak lagi dapat menentang mereka kerana takut hilang sokongan.

Untuk mencapai maksud politik anda, anda telah membutakan mata anda apabila melihat institusi-institusi orang Melayu-Islam seperti Felda, Tabung Haji, Jakim, jabatan mufti, kehakiman, polis, dan raja-raja Melayu diperkotak-katikkan oleh orang-orang bukan Islam, malah oleh orang-orang Melayu  itu sendiri.

Itulah yang berlaku hari ini. Jika anda meletakkan kuasa sebagai objektif utama dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya, ia pasti akan merosakkan negara.

Bolehkah anda mendakwa peranan anda untuk kebaikan, tetapi apa yang anda lakukan merosakkan lagi keadaan? Tindakan anda telah menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat dan memberi ruang kepada agenda-agenda asing memanipulasi keadaan ini.

Contoh mudah, kalau benarlah kerajaan menzalimi rakyat, bukanlah caranya dengan menjemput kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara. Tidak ada negara luar yang berniat baik untuk menolong sesebuah negara tanpa agenda yang terselindung. Kita telah melihat negara Iraq telah hancur kerana campurtangan asing, malah di negara-negara bergolak lain seperti Libya, Mesir, Tunisia dan Syria.

Hari ini saya melihat bagaimana gelagat anda mempolitikkan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan, seolah-olah anda sendiri mengharapkan kerajaan melakukan kezaliman agar ia dapat dijadikan modal untuk menjatuhkan kerajaan.

Apa yang kerajaan tidak mampu tentukan pun anda salahkan kerajaan, misalnya kenaikan harga pasaran petrol dunia.

Jika anda sebagai pembangkang bersekongkol dengan orang-orang bukan Islam, adakah anda mahu rakyat percaya anda berjuang untuk kebaikan mereka, dan bukan untuk kepentingan peribadi anda dengan mengeksploitasi isu-isu rakyat.

Apabila anda sebagai pembangkang Melayu bertindak merugikan agama dan bangsa anda kerana mahu meraih undi orang-orang bukan Islam, anda sepatutnya menilai kembali apakah perjuangan anda.

Sebagai pembangkang pun anda sudah gagal menunjukkan sikap yang betul, bagaimanakah anda mahu menyakinkan orang ramai yang anda mampu membentuk sebuah kerajaan yang baik?

Anda menuduh kerajaan zalim. Katakanlah tuduhan itu benar, cara penentangan anda itu memburukkan lagi keadaan.

Anda katakan kerajaan mencuri wang rakyat. Jika tuduhan anda itu betul, setidak-tidaknya ia lebih baik daripada tindakan anda yang gila sehingga bersekongkol dan dimanipulasi pembangkang untuk merebut kuasa. Kerajaan mencuri wang rakyat, tetapi anda menggadai agama dan bangsa kepada orang-orang kafir untuk menjatuhkan kerajaan.

Kenapa saya berkata begitu? Siapakah yang mahu membenarkan orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? Siapakah yang mahu membenarkan orang Islam murtad? Puak manakah yang berkompromi dengan LGBT?

Tidakkah itu semua datang dari kalangan anda sebagai pembangkang? Kenapakah anda melakukan semua itu?

Ya, hanya kerana mahu mendapatkan undi orang-orang bukan Islam. Tidakkah itu bermakna anda telah menggadaikan segalanya untuk mendapatkan kuasa?

Anda telah mempolitikkan segalanya, membawa budaya negatif kepada masyarakat, kerana pertimbangan anda adalah kuasa, sedangkan kuasa itu, jika anda berjaya mendapatkannya, haruslah dikongsi dengan orang-orang bukan Islam.

Apa yang saya nampak, anda hanya mahu merebut kuasa dan tidak lagi memikirkan apa akan jadi akibat daripada tindakan itu.

Anda seperti sekumpulan babi yang tidak berleher, menyondol tanpa menoleh ke kanan dan kiri.  Anda hanya nampak takhta kekuasaan untuk mengubah negara, tetapi anda tidak nampak jalan yang anda rintis ke arahnya mengundang kemusnahan kepada negara.

Apakah perjuangan anda sebenarnya?

Tidak salah kiranya saya katakan: anda mendakwa kerajaan hidup di atas keringat rakyat, sebaliknya anda pula bersukaria di atas kesusahan rakyat tersebut. Maksudnya, anda sebenarnya gembira apabila kerajaan menindas rakyat, kerana ia dapat dijadikan modal untuk menjatuhkan kerajaan.

Kesimpulan yang nyata, perjuangan anda hanyalah mahu merebut kekuasaan negara untuk kepentingan peribadi anda semata-mata dengan mengeksploitasi kelemahan dan keburukan kerajaan.

Bagaimana anda sepatutnya berfungsi? Contohnya di hadapan mata, iaitu bagaimana DAP dan MCA berpolitik. Walaupun mereka berada di posisi yang bertentangan, jika  melibatkan kepentingan kaum dan agama mereka, mereka akan bersatu. Mereka sanggup kehilangan undi orang-orang Melayu daripada menggadaikan prinsip perjuangan mereka. Mereka tidak akan mengkhianati orang-orang Cina untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu. Mereka lebih faham konsep menolak kebaikan adalah lebih diutamakan daripada mengambil manfaat.

Itulah politik yang sebenar. Tidak ada guna memenangi undi tetapi menggadai prinsip.

Anda boleh menjatuhkan kerajaan, tetapi apabila anda terpaksa berkompromi dengan orang bukan Islam, meminta bantuan kuasa asing, menggadai agama anda, berkompromi dengan fahaman-fahaman baru yang sesat, itu bukanlah suatu perubahan ke arah yang lebih baik. Itu sebenarnya mengundang musibah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana