BANGGA ORANG PAN BILA DAP PILIH HUSAM MUSA JADI MB KELANTAN

Tak semena-mena cerita Husam nak jadi MB Kelantan bergema kembali. Bukan lagi melalui wadah PAS tapi melalui PAN, parti serpihan yang diketuai Mat Sabu dengan dukungan kuat dari DAP sebagai tukang palu gendangnya.

“Kita kena ubah Kelantan dan mengikut kata Presiden Amanah (Mohamad Sabu), kita ada harapan, oleh itu pada Aidilfitri tahun depan kita mahu ada menteri besar yang baharu.

“Kita tunggu perubahan besar ini dan kita mahu tahun depan rumah terbuka yang berbeza dan saya datang ke Kota Bharu untuk meraikan kejayaan dibawah kerajaan Pakatan Harapan Kelantan dibawah Datuk Husam,” itu petikan kata-kata Lim Kit Siang, ketua sebenar dalam pakatan pembangkang.

Serentak dengan berita pengumuman Kit Siang itu, di media sosial kita sudah boleh tengok dan baca komen-komen berbunga bangga penyokong PAN dan PPBM dengan pencalonan rasmi dari DAP. Seronok mereka Husam dapat restu DAP.

Dipuja puji DAP dan makin dilambung-lambung nama Husam konon paling layak jadi MB Kelantan. Yakin betul penyokong PAN dan PPBM yang PRU14 nanti PH mampu ambil alih Kelantan. Ini betul-betul kes lupa ukur baju di badan sendiri.

Mereka yang mendewakan Husam ini faham ke tidak, sifir politik di Kelantan hanya melibatkan dua pilihan sahaja. PAS atau UMNO, kalau bukan PAS mereka pilih UMNO, jika bukan UMNO mereka pilih PAS. Itu sahaja pilihannya.

PAN, PKR atau PPBM hanya boleh pergi setakat pasang bendera tepi-tepi jalan untuk memeriahkan suasana sahaja, namun untuk dijadikan pilihan dan menang pilihan raya memang mimpi di siang hari.

Malah PRU14 nanti harapan Husam nak pertahankan DUN Salor yang sebelumnya dimenangi melalui PAS pun macam sinar di hujung terowong, inikan pula berangan nak jadi MB Kelantan atas nama wakil PAN dan PH.

Hatta UMNO sendiri nak tawan DUN Salor yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian, salah satu dari 4 kawasan Parlimen yang merupakan kubu terkuat PAS di Kelantan pun belum tentu mampu melakukannya. Inikan pula PAN yang cuma ada beberapa ribu ahli dan penyokong sahaja di negeri ini. Itu hakikat.

Tapi apapun, kita berterima kasihlah pada DAP sebab pengumuman rasmi Lim Kit Siang itu membuktikan kata-kata UMNO selama ini bahawa DAP sentiasa mendominasi hala tuju pakatan pembangkang adalah benar, tepat dan sahih.

Buktinya jelas depan mata, sampaikan siapa yang nak dicalonkan jadi MB Kelantan pun DAP dan Lim Kit Siang yang tentukan keputusannya. Belum menang DAP dah tunjuk kuasanya dalam pakatan pembangkang, maka bayangkan kalau PH menang di seluruh negara PRU14 kelak.

Sudah pasti bukan setakat MB di negeri-negeri yang dimenangi PH akan ditentukan DAP, malah pelantikan anggota kabinet pusat termasuk PM dan TPM pun perlu mendapat restu DAP. Alamatnya, jadilah pemerintahan boneka. Mahukah kita? Timbang-timbanglah sendiri. – MyKMU.Net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana