Azmin, Guan Eng tidak setuju struktur baru Pakatan...?

Struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada dua pemimpin iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tun Mahathir Mohamad ketika mengumumkan senarai kepemimpinan baharu Pakatan pada 14 Julai lalu memaklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum manakala beliau sebagai Pengerusi.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden.

Naib Presiden pula ialah Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub.

Satu lagi yang menjadi tanda tanya adalah apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang, Guan Eng dan Azmin tidak menghadiri mesyuarat bagi menentukan kepemimpinan baharu itu.

Mungkin mereka menganggap mesyuarat berkenaan tidak penting atau barangkali pemimpin terbabit tidak yakin Pakatan Harapan boleh didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah parti seperti BN.

Nama Kit Siang tiada dalam senarai, itu adalah perkara kecil sebaliknya apabila Presiden Parti Warisan Sabah yang juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak disenaraikan, itu adalah perkara amat luar biasa.

Pakatan Harapan mahu memerintah Kerajaan Pusat tetapi hanya mengharapkan sokongan pengundi dari Semenanjung, itu adalah sesuatu yang memang di luar jangkaan.

Jika pada PRU-14, DAP menggunakan logo Pakatan Harapan sudah pasti parti itu akan mengalami kerugian kerana terdapat kemungkinan besar akan ditolak pengundi Cina.

Isu lain adalah individu memegang jawatan tertinggi dalam Pakatan mewakili parti yang tidak mempunyai ramai wakil rakyat dalam Parlimen.

Dalam erti kata lain, senarai nama itu tidak mengikut kekuatan sesebuah parti.

Atas kelayakan apa Muhyiddin dan Mohamad Sabu diletakkan bersama-sama Guan Eng sebagai Timbalan Presiden sedangkan kedua-dua mereka adalah orang kecewa dalam politik.

Tidak mustahil pada masa depan akan ada suara-suara mempertikaikan barisan kepemimpinan baharu berkenaan dan akan berlaku perkara-perkara di luar jangkaan.

Tidak lama lagi akan diadakan PRU-14. Jadi semua pihak ingin melihat bagaimana parti-parti dalam Pakatan Harapan dapat mencapai sepakat berhubung pem­bahagian calon-calon yang akan bertanding.

Berapakah calon dari PPBM yang akan bertanding? Pada PRU-13, UMNO bertanding 121 kerusi Parlimen dan menang 88 kerusi.

Adakah PPBM akan bertanding kerusi sebanyak itu dan bolehkah calon diletakkan itu menang? Itu adalah antara persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana