Awal-Awal Lagi Pembangkang Dah Mengaku Sukar Untuk Kalahkan BN

Pengakuan blok pembangkang kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang membuktikan keyakinan rakyat amat tinggi terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, pengakuan pembangkang itu juga menunjukkan kerajaan BN khususnya UMNO terbukti berjaya membela nasib rakyat dan negara.

“Pentadbiran Najib dapat diterima umum termasuk bukan Melayu yang menaruh keyakinan terhadap keupayaan kerajaan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

“Walaupun rakyat berdepan dengan krisis ekonomi dan kos sara hidup, tetapi mereka percaya kerajaan BN mampu mencari penyelesaian yang terbaik,” tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya, baru-baru ini.

Beliau mengulas pengakuan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa pembangkang gagal meyakinkan rakyat penyelesaian kepada masalah-masalah yang membelenggu masyarakat dan negara.

Iskandar dalam satu kenyataannya seperti disiarkan sebuah portal berita dipetik sebagai berkata kegagalan kerajaan BN belum cukup untuk menjadi faktor kekalahan parti pemerintah pada PRU akan datang.

“Rakyat hari ini semakin bijak dan pembangkang tidak boleh sekadar memainkan isu-isu sahaja tetapi rakyat mahu melihat dengan terang dan jelas bagaimana negara ini akan ditadbir jika pembangkang diberi kuasa,” kata pemimpin kanan Pas itu.

Lagipun kata Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, blok pembangkang sehingga kini masih tidak mampu memberi alternatif kearah penyelesaian masalah rakyat sebaliknya menggunakan isu tersebut sebagai modal politik memburukkan kerajaan.

“Secara realitinya, rakyat tidak yakin terhadap gerakan pembangkang di negara ini sebaliknya tetap memberi sokongan padu kepada pentadbiran kerajaan yang ada sekarang.

“Rakyat tidak selamanya boleh lena dengan sogokkan dan bahan fitnah pembangkang yang dilihat lebih ghairah menjanjikan ‘bulan dan bintang’ untuk menarik sokongan,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Syed Ali memberitahu blok pembangkang termasuk parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan sememagnya menyedari mereka tidak berupaya menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Oleh sebab itu katanya, serangan pembangkang terhadap UMNO terutamanya hanya berkisar kepada isu-isu lapuk dikitar semula dan serangan fitnah yang disasarkan terhadap Najib dan keluarga.

Malah tegas beliau, Pakatan Harapan yang didokong DAP, PKR, Amanah dan Bersatu seolah-olah seperti memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik simpati rakyat.

“Sungguh menyedihkan bagaimana Tun Dr Mahathir sengaja diheret ke merata tempat dalam usaha pembangkang mengemis sokongan menerusi ceramah-ceramah politik,” ujarnya.

Pas telah mengambil pendirian untuk tidak bergabung dalam Pakatan Harapan kerana menyedari parti itu telah diperalatkan DAP yang sebelum ini bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun tegas beliau, BN dan UMNO tidak boleh mengambil pendekatan berpeluk tubuh kerana ancaman pembangkang tidak dapat diduga.

“Kita jangan seronok dengan kekuatan yang ada, dalam PRU semua kemungkinan boleh terjadi, UMNO perlu bersiap-siaga dengan komponen BN turut menyantumi rakyat secara lebih berhemah,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mengingatkan betapa DAP tidak akan memberi peluang kepada kaum lain selain Cina untuk mentadbir parti itu sepertimana berlaku sekarang.

“DAP adalah sebuah parti perkauman membudayakan fahaman diktator dengan berterusan mengekalkan dinasti Lim Kit Siang menguasai parti tersebut,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana