APA UNTUNG JADI ANAK FELDA??

Siapa di sini anak FELDA dia pasti tahu apa kelebihan jadi anak jati Felda. Boleh di lihat Felda kini telah bertukar menjadi bandar yang lengkap dengan segala kemudahan, yang menggambarkan kepada dunia sosial dan ekonomi yang besar telah berlaku di Malaysia dalam mengubah kehidupan orang-orang kampung yang miskin menjadi peladang yang setanding kemajuan antarabangsa , serta memberi mereka menikmati kehidupan yang terjamin dan kejayaan generasi barunya menerusi pendidikan, malah banyak yang menjadi golongan profesional.

Beruntunglah peneroka-peneroka FELDA yang mendapat pelbagai kemudahan dan kesenangan. Setiap peneroka memang diberi peruntukan untuk membaikpulih rumah menjadi lebih selesa. Itu sebabnya masing-masing pun buat renovation pada rumah masing-masing. Nanpak indah dan mewah rumah idaman peneroka FELDA kini. Jauh beza dulu yang hanya rumah kotak dua bilik, jauh dari pekan dan bandar. Elektrik serta air pun tiada.

Harapan kita untuk generasi seterusnya, kedua dan ketiga akan terus berani mempertahankan Felda. Agar terus maju dan selamat. Jangan biarkan tangan tangan kotor menghancurkan penat lelah serta kesusahan orang tua kita dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana