Apa rasional longgar syarat lulus BM ambil pelajar perubatan?

Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memberi penjelasan rasional terhadap keputusan memberi kelonggaran kelulusan Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada graduan perubatan untuk lantikan Pegawai Perubatan UD41 secara kontrak.

Exco Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, berkata kelonggaran syarat yang dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu seolah-olah menghantar mesej bahawa Bahasa Melayu bukan menjadi keutamaan kepada graduan perubatan, malah dipandang enteng.

"Umum mengetahui, berlaku lambakan graduan perubatan sejak kebelakangan ini, dengan angka hampir 5,000 pelajar di dalam bidang terbabit tamat pengajian setiap tahun, namun hospital latihan hanya mampu menampung kira-kira 3,000 doktor pelatih.

"Keputusan melonggarkan syarat lulus BM ini hanya akan menambah dan memburukkan masalah lambakan graduan perubatan yang terpaksa menunggu dari tiga hingga enam bulan untuk mendapat penempatan di hospital latihan," katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kebenaran JPA kepada graduan perubatan berkelayakan untuk diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu peringkat SPM, untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan UD41.

Beliau berkata, benar, Kementerian Kesihatan menyebut ia hanya untuk lantikan secara kontrak, tapi apa jaminan KKM tidak akan membawa kepada langkah pintu belakang bagi doktor pelatih hari ini diberi kelonggaran menjadi pegawai perubatan tanpa mendapat kelulusan Bahasa Melayu di bawah alasan lantikan kontrak.

"Bagaimanakah seorang doktor boleh memberi rawatan berkesan kepada pesakit sekiranya terdapat masalah komunikasi di mana pesakit tidak mempunyai penguasaan baik dalam bahasa selain Bahasa Melayu?

Ada juga risiko berlaku kesilapan diagnosis dan rawatan sekiranya doktor tidak boleh memahami apa yang cuba disampaikan pesakit," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana