Apa Hal Plak....Jadinya !!!!!Pandu di lorong kecemasan: Bekas TKP JPJ tukar mengaku tak bersalah pula…

Ingat lagi kes bekas Timbalan Ketua Pengarah , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob yang pada 18 Julai lalu didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selepas mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan.

Kes itu masuk balik mahkamah Selasa Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif kata mana boleh beliau buat pengakuan bersalah hari itu menerusi pegawai khasnya yang mewakilinya ke mahkamah.

Beliau berdepan tuduhan memandu kereta dengan nombor pendaftaran “BLY 68” di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya di Putrajaya kira-kira 6.27 petang pada 7 Oktober 2016.

Yusoff  hadir sendiri ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk menghadapi semula tuduhan itu.

Kali ini beliau tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.

Peguamnya, Baljit Singh Sidhu memberitahu wartawan anak guamnya tukar pengakuan kerana mendapat nasihat yang salah semasa wakilnya buat pengakuan bersalah pada 18 Julai.

Jumaat lalu Yusoff telah diarah bertukar dari JPJ ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kes beliau mencuri perhatian kerana orang nombor dua di JPJ sendiri didakwa memandu di lorong kecemasan.

P.S....Pelik lah dah salah menggunakan Laluan kecemasan lagi nak menengakkan benang yang basah...masih tak nak ngaku plak.Guna laluan kecemasan dah tahu salah...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana