ANWAR & WAN AZIZAH PUN MASIH BELUM PERCAYA MAHATHIR, BAGAIMANA RAKYAT MAHU PERCAYA PH PULA?

Sinar Harian yang kita tahu pro pembangkang telah melaporkan berita bertarikh 17 Mei 2017 berkaitan peringatan Presiden PKR dan Ketua Pembangkang iaitu Wan Azizah yang menyampaikan amanat suaminya Anwar Ibrahim dari dalam penjara meminta supaya kepimpinan pembangkang berwaspada dengan agenda Mahathir yang ketika itu cuba mendekati pembangkang.

Walaupun surat yang ditulis sendiri oleh Anwar Ibrahim itu tular dikahalayak, didapati Anwar Ibrahim seolah-olah mahu memastikan PKR dan dirinya sendiri tidak hanyut dibuai dengan tipu helah serta janji manis Mahathir.

Ini disebabkan Anwar Ibrahim tahu kekuatan bossnya itu yang mempunyai aura untuk mempengaruhi pihak kawan dan lawan dengan hujah dan idea yang extreme demi mencapai cita-citanya.

Sekiranya rakan pembangkang yang lain terpengaruh dan tidak dapat mengawal ideologi MAHATHIRISME meresap dalam pemikiran mereka, dikhuatiri Pakatan Harapan PH yang baru dibina selepas terlingkupnya Pakatan Rakyat PR akan turut musnah dek kerana Mahathir.

TEKNIK TUMPANG POPULARITI PH

Ini jelas ternyata selepas Mahathir dan para pengikutnya membuat U-Turn dengan pelbagai isu, bekas PM itu cuba mendampingi PH dengan berbekalkan isu yang mereka cipta sendiri.

Mahathir tahu dengan populariti yang ada, dia dapat meyakinkan parti yang bernaung di bawah PH menerima dirinya serta agenda perjuangan PPBM untuk disatukan dalam blok pembangkang.

Namun, Anwar Ibrahim sudah dapat membaca teknik tersebut dengan mengeluarkan amaran awal bahawa boss lamanya itu mempunyai agenda tersirat yang masih belum dapat dibongkarkan sehingga kini.

SELEPAS MAHATHIR JALIN KERJASAMA, REFORMASI ENTAH KEMANA

Anwar Ibrahim dan Wan Azizah juga tahu selepas kerjasama yang terjalin antara PPBM dan PH, Mahathir akan dapat menguasai pakatan pembangkang itu.

Pejuang REFORMASI akan marah dan agenda mentransformasikan arah pentadbiran negara bakal terkubur sekiranya ideologi MAHATHIRISME diserapkan dalam PH.

14/7/17 UMUM MAJLIS PRESIDEN PH

Selepas Mahathir diterima dalam PH dan Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu pada 14 Julai 2017 yang lepas dengan menamakan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden ia jelas Anwar Ibrahim tidak mahu Mahathir terus berkuasa.

Rasanya Mahathir belum puas apa yang diumumkan oleh PH. Dia akan menekan PH sehingga cita-cita untuk menguasai PH tercapai. Rakyat akhirnya yang menjadi mangsa keadaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana