“ANWAR TETAP TIDAK SESUAI JADI PM” – MAHATHIR...CAKAP BERBELIT BELIT

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dirinya tidak ada masalah untuk menerima bekas musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sekiranya itu yang dikehendaki rakyat.

Namun begitu Dr Mahathir berkata beliau masih berpegang kepada kenyataan yang dibuat pada sebelum ini bahawa Ketua Umum PKR itu tidak sesuai untuk memegang jawatan tertinggi kerajaan.

“Ya, jika itu rakyat mahukan, mengapa tidak?,” ujarnya, merujuk kepada hasrat PKR mahu Anwar dijadikan PM sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang PRU14.

Dr Mahathir pernah dipetik berkata beliau yakin Anwar seorang homoseksual dan tidak layak menjadi PM.

Semalam Dr Mahathir berkata beliau masih kekal dengan pegangan itu namun pendiriannya boleh berubah.

“Saya berpegang dengan kenyataan saya ketika itu. Untuk sekarang, tidak (ada perubahan). Pada ketika itu ada beberapa perkara di ketika itu dan itu respon saya. Mungkin tahun akan datang saya tukar pandangan lagi. Anda tunggu,” katanya di sidang media PPBM, di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mencabar Dr Mahathir menjelaskan kepada rakyat adakah beliau masih berpegang kepada kenyataannya mengenai Anwar yang dibuat pada September 1998.

Anwar disabit kesalahan sodomi pada tahun 1999 semasa pemerintahan Dr Mahathir yang memecatnya daripada kerajaan. Anwar yang menjadi timbalan kepada Dr Mahathir ketika itu, turut dibuang dari Umno.

Beliau lalu menubuhkan PKR dan menuduh Dr Mahathir sebagai dalang di sebalik pertuduhan fitnah terhadapnya.

Selepas berpuluh tahun bermusuhan, Dr Mahathir ditanya dalil permuafakatan semula beliau dengan Anwar menerusi PH.

“Ini bukan perkara baru. Sebelum Anwar menentang BN, beliau menentang saya dahulu,(tetapi) saya terimanya ke dalam Umno. Kita bekerjasama beberapa tahun kemudian (tetapi) beberapa perkara terjadi, kita tidak bersama.

“(Kini) beberapa perkara lagi terjadi dan kita bersama lagi. Politik banyak kejutan,” ujarnya.

Dr Mahathir baru-baru ini dilantik Pengerusi PH manakala Anwar dijadikan Ketua Umum gabungan empat parti itu.

Beliau juga berkata keengganan PH mengumumkan calon perdana menteri bagi gagasan itu adalah untuk sementara waktu.

“Kita akan umumkan nama pada masa yang sesuai, ia boleh jadi sekarang, atau sebelum pilihan raya, atau sesegera mungkin selepas kita menang pilihan raya. Ini adalah pilihan untuk gabungan kita, supaya ada elemen kejutan, supaya rakyat dan kerajaan merasai kejutannya,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana